suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dengki tak bagi pergi kerja, suami sanggup cabut bateri kereta... Rupanya marah isteri belum lipat baju!

Segelintir suami akan bertindak di luar jangka apabila berlaku perselisihan faham dengan isteri. -Gambar hiasan AI

PERSELISIHAN faham dalam rumah tangga merupakan situasi biasa yang dialami pasangan suami isteri, persis pepatah 'sedangkan lidah lagi tergigit'.

Turut menganggapnya sebagai asam garam dalam kehidupan, namun wanita ini tidak menyangka suaminya akan bertindak di luar batas sehingga menyakitkan hati.

Meluahkan kesedihan yang terbuku, ujarnya, setiap kali pertelingkahan berlaku dalam rumah tangga, suaminya akan menyusahkan urusan hariannya termasuk menyukarkan dia keluar mencari rezeki.

"Apabila bergaduh, dia akan ambil alat kawalan jauh penyaman udara dan kunci kereta.

Pertelingkahan antara suami isteri adalah perkara biasa dalam rumah tangga. -Gambar hiasan AI

Pertelingkahan antara suami isteri adalah perkara biasa dalam rumah tangga. -Gambar hiasan AI

"Pernah sekali tu, aku tak nak bagi kunci kereta. Dia sanggup cabut bateri pula, padahal dia tahu aku nak pergi kerja," luahnya di Thread.

Masalah yang berlaku itu membuatkan dia terpaksa bergerak ke tempat kerja menggunakan e-hailing.

Lebih menggores hati, pengadu mendedahkan punca tercetusnya pertengkaran antara mereka adalah disebabkan dia tidak melipat pakaian.

"Puncanya sebab aku menjawab apabila dia suruh lipat baju, bukan aku tak lipat langsung tapi aku cakap akan buat nanti," adunya yang turut berkecil hati dengan sikap si suami suka mengongkong.

  • Seorang wanita sedih suami ambil alat kawalan jauh penyaman udara dan kunci kereta setiap kali bergaduh.
  • Suaminya pernah didakwa mencabut bateri kereta.
  • Pertengkaran turut tercetus apabila dia mengguhkan tugas melipat pakaian.
  • Ibu kepada empat anak itu mendakwa suaminya mengawal kewangannya sejak sebelum berkahwin.
  • Walaupun kereta didaftarkan atas nama suami, wanita itu mendakwa dia yang menanggung bayaran pinjamannya.

Dakwa ibu kepada empat cahaya mata ini, sikap suaminya yang gemar mengawal itu bukanlah perkara baharu, malah sudah berlarutan sejak dia mula melangkah ke alam pekerjaan sebelum mereka berkahwin lagi.

"Masa mula kerja, dia pegang kad bank gaji sebab katanya saya boros. Selepas bertahun-tahun, saya dah mula melawan, tetapi dia ugut dengan tak bagi guna kereta.

"Sebelum ini ada gelang emas yang dia beli, kemudian dia minta balik," luahnya lagi.

Mengimbau kembali detik awal hubungan mereka, wanita itu berkata, dia dan suaminya pernah belajar di universiti yang sama selama tiga tahun.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami kedekut bising susu kotak cepat habis, terus terdiam isteri bagi ‘sedas’ depan muka - “Minum setitik je ke?”

ARTIKEL BERKAITAN: Suami berkira elektrik, merajuk isteri lupa tutup ‘aircond’ sampai sorok ‘remote’! Marah anak tak sengaja tekan ‘timer’

Ketika itu, lelaki berkenaan menyuruhnya bekerja sambilan, manakala wang gajinya disimpan oleh si suami yang ketika itu masih bergelar teman lelaki.

Lelaki itu memberi alasan wang berkenaan disimpan untuk tujuan perkahwinan dan pembayaran hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Luahannya itu mengundang pelbagai reaksi warga maya dengan kebanyakan individu turut berkongsi pengalaman sama berhadapan dengan sikap lelaki sedemikian.

"Sama macam perangai ayah saya, syukur akhirnya mak berpisah sebab mak pernah pergi kerja jalan kaki.

"Sanggup ke hidup sampai tua dengan lelaki macam tu? Saya dah nampak depan mata, bapa mentua tak berubah sampai tua," demikian reaksi netizen.

Artikel Lain