PENGALAMAN hilang cahaya mata akibat keguguran merupakan satu episod duka yang amat perit untuk ditelan oleh mana-mana wanita, apatah lagi apabila terpaksa berpantang tanpa insan tersayang.Dugaan itu menjadi semakin berat buat seorang wanita apabila bukan sahaja terpaksa berpantang dalam kesedihan, malah ibu kandungnya sendiri seolah-olah menjauhkan diri dan meminggirkannya. Meluahkan kesedihan secara terbuka, wanita berkenaan mengakui terkejut apabila hasratnya untuk pulang berpantang di rumah ibu kandung disambut dengan jawapan yang cukup mengecilkan hati."Masa dekat hospital saya ada tanya mak sama ada boleh berpantang di rumah dia atau tidak.Wanita yang kehilangan anak pasti mengalami tekanan emosi. -Gambar hiasan AI"Mak cakap boleh tapi katanya kalau saya datang, dia kena pergi tidur rumah kakak saya sebab anak kakak saya takut orang dan akan menangis," luahnya di Thread.Tegasnya, niat utama dia mahu berpantang di rumah ibunya adalah semata-mata untuk meraih kekuatan moral dan bermanja selepas diuji dengan kehilangan tersebut.Namun sepanjang tempoh berpantang, kelibat ibunya terus 'sepi', malah wanita itu langsung tidak bertanyakan khabar berita anaknya.Sebaliknya tugas itu digalas sepenuhnya oleh ibu mentua yang sentiasa hadir menghulurkan bantuan.Seorang wanita sedih terpaksa berpantang selepas keguguran tanpa perhatian ibu kandung.Ibunya membenarkan dia berpantang di rumah, tetapi bersyarat.Wanita itu mahu berpantang bersama ibunya untuk mendapatkan kekuatan dan bermanja selepas kehilangan anak.Sepanjang berpantang dia tidak terima mesej atau panggilan daripada ibunya.Sebaliknya, ibu mentua datang setiap hari bantu mengemas rumah serta menyediakan makanan.Ringkasan ini dijana oleh AI"Saya sakit, hilang anak dan perlukan mak... tapi apa yang saya dapat sepanjang berpantang?"Satu WhatsApp atau panggilan pun tak ada daripada mak saya. Hanya mak mentua yang hari-hari datang tengok saya," adunya sayu.Menurutnya, ibu mentuanya bukan sekadar ziarah malah turut membantu mengemaskan rumah dan menyediakan hidangan berpantang termasuk air mandian.ARTIKEL BERKAITAN: Bapa cuma sayang anak lelaki, wanita dedah jadi hamba dalam keluarga! Hidup penuh caci makiARTIKEL BERKAITAN: Wanita geram sikap pilih kasih ibu! Terkenang suami dipaksa sedia hantaran RM10,000, giliran kakak tiada syarat ketat buat bakal menantuPerkongsiannya itu mengundang pelbagai reaksi warga maya dengan rata-ratanya meminta dia bersyukur kerana masih ada sosok ibu yang mengambil berat dan menjaganya."Rezeki awak dapat mentua yang baik, sekarang fokus pada yang baik-baik sahaja demi kesihatan awak."Mengadulah dengan mak mentua awak, anggap dia sebagai ibu kandung dan biarkan je mak awak tu."Saya sendirian je masa berpantang gugur sebelum ni, kita hiburkan hati kita je dan jangan sedih," demikian reaksi netizen.