ADA segelintir ibu bapa mungkin tidak menyedari keputusan dibuat terhadap anak-anak boleh menimbulkan tanggapan pilih kasih.Seorang wanita meluahkan rasa terkilan apabila ibunya didakwa menetapkan syarat berbeza berkaitan perkahwinan antara dia dan kakaknya. Mengimbas kembali ketika mendirikan rumah tangga pada usia 21 tahun, wanita itu berkata ibunya meletakkan beberapa syarat kepada bakal suaminya, termasuk wang hantaran berjumlah RM10,000.Pelbagai cabaran yang perlu ditempul sebelum dan semasa perkahwinan. -Gambar hiasan AI"Dulu masa saya umur 21 tahun, mak letakkan syarat hantaran RM10,000, gelang emas untuk batal air sembahyang dan cincin emas sebab saya melangkah kakak."Alasannya, nak tengok bakal menantu betul-betul bertanggungjawab," katanya.Menurut wanita berkenaan, tuntutan tersebut agak berat memandangkan ketika itu dia dan suami masing-masing baru bekerja.Bagaimanapun, lelaki berkenaan tetap berusaha memenuhi permintaan keluarga malah memberikan wang hantaran lebih tinggi daripada jumlah ditetapkan.ARTIKEL BERKAITAN: “Kau kahwin lambat, kenapa susahkan laki aku?” - Pengantin ‘langkah bendul’ bengang kakak minta cincin emasARTIKEL BERKAITAN: Ibu tak izin kahwin, ‘pantang’ langkah bendul! Gadis stres tersepit dengan adat, teman lelaki pula nak cepat-cepat halalkan hubungan"Masa itu saya baru kerja kerani, suami pula kerja kilang tapi dia tetap gagahkan juga."Hantaran RM12,000, gelang emas RM2,000 dan cincin untuk kakak," katanya.Namun selepas lebih sedekad berlalu, wanita itu mendakwa pendirian ibunya berubah apabila melibatkan kakaknya yang kini berusia 32 tahun dan masih belum berkahwin.Menurutnya, ibunya kini tidak mahu mengenakan syarat seperti dahulu kerana mahu meringankan beban bakal menantu sekiranya ada lelaki datang meminang kakaknya.Ibu menetapkan syarat hantaran ketika wanita itu mahu berkahwin pada usia 21 tahun.Suaminya yang bekerja di kilang tetap berusaha menyediakan hantaran RM12,000 serta barangan emas.Syarat tersebut dikatakan bertujuan menguji tahap tanggungjawab bakal menantu.Namun ibu kini mahu meringankan syarat perkahwinan untuk kakaknya yang berusia 32 tahun.Wanita itu terkilan dengan perbezaan layanan.Ringkasan ini dijana oleh AI"Entahlah. Saya terkilan. Bukan sebab saya nak kakak susah. Cuma terfikir, kalau alasan dulu untuk saya adalah nak tengok lelaki itu bertanggungjawab, kenapa sekarang berubah?"Mungkin bagi orang lain ini benda kecil. Tapi bagi saya, ia mengingatkan kembali apa yang kami lalui masa umur 21 tahun dulu. Pilih kasih terbukti," luahnya.Perkongsian itu menarik perhatian netizen yang berpandangan mungkin disebabkan kakaknya masih belum berumah tangga menyebabkan ibunya meletakkan wang hantaran rendah."Bukan sebab pilih kasih, saya rasa mak awak terdesak nak tengok kakak awak kahwin sebab kakak awak dah berusia, itu yang mak awak fikir asal dia kahwin sudahlah," komen warga maya.