suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita minta henti budaya usik budak, guraunya sekejap tapi ibu bapa letih kena pujuk - “Sila buat dekat anak sendiri”

Guraun keterlaluan boleh mendatangkan trauma dalam kalangan kanak-kanak. -Gambar hiasan AI

ANAK menangis boleh menimbulkan rasa tidak selesa kepada ibu bapa, lebih-lebih lagi jika mereka sukar dipujuk. 

Seorang wanita berkongsi pengalaman berdepan situasi apabila anaknya sengaja diusik oleh individu dewasa sehingga menangis atas alasan sekadar bergurau.

Menurut wanita itu, kejadian tersebut membuatkannya teringat pesanan arwah bapanya yang tidak gemar melihat orang dewasa sengaja mengusik kanak-kanak sehingga menangis.

Ada sebab tertentu orang tua tidak membenarkan gurauan hingga kanak-kanak menangis. -Gambar hiasan AI

Ada sebab tertentu orang tua tidak membenarkan gurauan hingga kanak-kanak menangis. -Gambar hiasan AI

"Arwah ayah tak suka budak bising, nangis-nangis. Jadi dia memang tak suka kalau orang dewasa sengaja buat budak menangis.

"Kadang-kadang ada orang dewasa suka mengusik budak kecil sampai budak itu menangis. Baba selalu cakap, budak tu elok tak menangis. Kenapa nak bagi dia menangis?," katanya.

Wanita berkenaan berkata, ketika itu dia sekadar memahami teguran bapanya secara umum tanpa benar-benar mengerti sebab di sebaliknya.

Namun selepas bergelar ibu dan mengalami sendiri situasi sama, dia mula memahami maksud sebenar di sebalik pesanan tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki seram sejuk kenang minggu orientasi universiti, penuh memori buruk! Tak izin anak-anak harungi perkara sama

ARTIKEL BERKAITAN: Ayah terdiam anak tergamak tolak RM50, rupanya ada maksud tersirat... Nota ‘duit jalan’ akhirnya rungkai jawapan!

"Sejujurnya, aku tak marah pun sebab aku tahu dia bergurau. Tapi bila aku ambil masa lama nak pujuk anak sampai dia tenang semula, baru aku faham kenapa ayah aku tak suka benda macam itu.

"Elok-elok budak tu tengah main, tengah gembira, tak menangis pun. Kenapa nak sengaja buat dia menangis? Nak pujuk balik tu pun satu hal," luahnya.

Menurutnya, gurauan yang mungkin dianggap kecil boleh memberi kesan lebih lama kepada kanak-kanak serta ibu bapa mereka.

"Rupanya ini yang ayah rasa dulu. Jadi kalau korang nak usik budak sampai menangis, sila buat dekat anak sendiri," katanya.

  • Wanita kurang senang anak sengaja diusik sehingga menangis.
  • Kejadian mengingatkannya kepada pesanan arwah ayah.
  • Dahulu dia kurang memahami teguran itu, namun kini mengerti selepas menjadi ibu.
  • Katanya, gurauan hanya sekejap tetapi ibu bapa mengambil masa lama memujuk anak.
  • Netizen turut berkongsi pengalaman, termasuk anak menangis sehingga muntah selepas diusik.

Perkongsian itu menarik perhatian netizen yang mengakui situasi tersebut memang memenatkan kerana ibu bapa perlu memujuk anak setiap masa.

"Memang menyampah jenis mengusik anak kita. Terpaksa memujuk anak yang menangis gara-gara orang dewasa yang tak cukup berakal.

"Kalau anak saya, dia bukan je menangis tapi siap muntah. Lagi penat kalau kena mengusik macam itu," komen warga maya.

Artikel Lain