suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penyewa hutang sewa lima bulan, siap ejek tuan rumah! Pemilik pilih ‘lepaskan’ di dunia, tapi tak halalkan perbuatannya

Mendapat penyewa tidak pandai menjaga kediaman menjadi kebimbangan tuan rumah. -Gambar hiasan AI

ISU penyewa dari neraka bukan perkara baharu malah ia sering menjadi topik perbualan di media sosial.

Seperti kisah wanita ini, rumah miliknya ditinggalkan dalam keadaan cukup menyedihkan selain penyewa melarikan diri tanpa menyelesaikan tunggakan sewa selama lima bulan.

Apa lebih mengecewakan, sepanjang mereka menyewa di situ, dia melayani mereka dengan baik malah tidak mengambil sebarang sewa ketika negara dilanda wabak Covid-19.

"Masa PKP, kami bagi tiga bulan tidak perlu bayar sewa, duduk secara percuma tapi sampai ke sudah, bulan-bulan seterusnya tak bayar sewa malah bil elektrik dan air cecah RM1,000," katanya. 

Ada sebahagian penyewa tidak tahu menjaga kebersihan rumah. -Gambar hiasan AI

Ada sebahagian penyewa tidak tahu menjaga kebersihan rumah. -Gambar hiasan AI

Disebabkan sikap tidak bertanggungjawab penyewa, wanita ini memberitahu dia terpaksa menanggung kerugian besar memandangkan keadaan rumah ditinggalkan dalam keadaan menyedihkan.

Menurutnya, deposit yang dibayar juga tidak mencukupi untuk menampung kos pembaikan malah terpaksa mengeluarkan wang sendiri sebanyak RM3,000.

"Dinding dari pintu masuk dan seluruh ruang tamu habis berconteng! Padahal sebelum dia masuk kami upah orang cat seluruh rumah RM650, tak termasuk kos cat.

"Dia cakap biassalah anak-anak, takkan dia nak pantau sentiasa anak dia pegang pen atau pensel," kongsinya di media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: Menantu ‘rampas’ rumah sewa, halau penyewa tanpa persetujuan bapa mentua... Rupanya rancang nak tinggal secara percuma!

ARTIKEL BERKAITAN: Sewakan bilik nak kurang bayar 'loan' bank, suami terlanjur dengan penyewa Indonesia - "Saya kerja luar, dia bertata rias"

Menurut wanita itu, penyewa turut memberi alasan lampu siling pecah kerana anak mereka bermain bola di dalam rumah.

"Bahagian paling pelik, siling bilik utama penuh dengan nasi. Sampai sekarang tak boleh fikir macam mana nasi boleh sampai siling," katanya.

Tidak cukup dengan itu, jiran juga pernah memaklumkan kepadanya penyewa tersebut membawa motosikal masuk ke dalam rumah.

"Bayangkan, rumah tingkat 19 tapi dia boleh bawa motosikal masuk rumah! Alasan konon takut hilang dan nak baiki motosikal itu," katanya lagi.

  • Tuan rumah beri sewa percuma tiga bulan ketika awal PKP.
  • Penyewa kemudian didakwa tidak membayar sewa selama lima bulan.
  • Bil elektrik dan air pula dikatakan hampir mencecah RM1,000.
  • Rumah ditinggalkan kotor dan rosak, termasuk dinding berconteng serta lampu pecah.
  • Paling menghairankan, pemilik mendakwa menemui nasi melekat pada siling bilik utama.

Tidak berpuas hati dengan keadaan tersebut, dia dan suami membuat laporan polis serta mendapatkan khidmat peguam bagi menuntut hak mereka sebagai tuan rumah.

"Polis sudah cuba hubungi mereka tapi penyewa dari neraka ini tidak mahu beri kerjasama! Dia mesej gelak-gelak dan kata pada muka. 

"Atas nasihat polis, memang penyewa ini tidak mampu dan miskin. Jadi tak perlu bazirkan duit, tenaga dan masa layan orang macam ini.

"Jadi kami lepaskan dia di dunia tapi tidak halalkan perbuatan dia sekeluarga," katanya.

Artikel Lain