suria

Sewakan bilik nak kurang bayar 'loan' bank, suami terlanjur dengan penyewa Indonesia - "Saya kerja luar, dia bertata rias"

Orang ketiga sering menjadi punca kehancuran rumah tangga. -Gambar hiasan

SEORANG wanita meluahkan rasa kecewa apabila rumah tangganya porak peranda selepas suaminya menjalinkan hubungan sulit dengan seorang wanita yang menyewa di rumah mereka.

Menurutnya, keputusan untuk menyewakan dua bilik di rumah mereka dibuat bersama suami atas faktor kekangan kewangan untuk membayar pinjaman perumahan. 

Justeru katanya, dua bilik di kediaman mereka disewakan kepada sepasang warga Indonesia dan seorang lelaki bujang tempatan.

Sihir boleh menjadi penyebab hubungan suami isteri retak. -Gambar hiasanSihir boleh menjadi penyebab hubungan suami isteri retak. -Gambar hiasan

"Boleh la cover nak bayar loan rumah untuk sementara, pada mulanya tiada masalah sebab kami berdua memang sentiasa bersama usahakan perniagaan dalam talian di rumah.

"Semua penyewa pun kami pantau macam biasa, setelah saya ditawarkan pekerjaan dan suami izinkan, dari situ berlakunya masalah," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami maut kemalangan, luluh hati isteri jumpa mesej curang dalam telefon - "Kifarah ke semua ni?"

ARTIKEL BERKAITAN: Gara-gara reunion, pasangan warga emas bercerai... Cinta zaman sekolah kembali mekar - "Bayangkan dah ada cucu"

Ketika itu, katanya penyewa wanita berkenaan mula menunjukkan perubahan dan didakwa cuba menggoda suaminya.

"Saya dapat tahu pasangan Indonesia tu bukan suami isteri sah pun, yang perempuan tu dalam diam pasang niat nak tiduri suami dan cari peluang nak jahanamkan rumah tangga kami.

"Walaupun nampak berumur tapi pandai bawa diri dan berlakon tua. Bila saya dah mula kerja luar dia dah pandai bertata rias goda suami saya, mereka terlanjur banyak kali," katanya.

  • Wanita kecewa suami curang dengan penyewa wanita di rumah sendiri.
  • Dia dan suami sebelum ini menyewakan bilik bagi menampung pinjaman rumah.
  • Penyewa wanita didakwa menggoda suami ketika dia mula bekerja luar.
  • Suami kemudian menuduh isteri curang dengan penyewa lelaki lain.
  • Netizen nasihat berhati-hati menyewakan bilik kepada orang asing.

Wanita itu memaklumkan hubungan terlarang suaminya dengan penyewa terbabit menimbulkan pertelingkahan besar dalam rumah tangga mereka.

“Ketika saya berdepan tekanan dan cuba mencari jalan memulihkan keadaan, suami sebaliknya menuduh saya curang dengan penyewa bujang.

"Suami macam orang yang tak waras, saya tak tau perempuan tu letak apa dalam makanan dia. Bila bawa berubat semua kesakitan berbalik pada saya," katanya.

Reaksi warga mayaReaksi warga maya.

Sementara itu, netizen rata-ratanya terkejut dengan pasangan berkenaan yang sanggup berani merisikokan rumah tangga mereka dengan menyewakan sebahagian bilik kepada warga asing.

"Berani betul kongsi rumah dengan pendatang asing. Perempuan Indonesia ni bahaya, lagi-lagi kalau nampak lelaki berduit.

"Hati-hati dengan orang asing dalam rumah. Cepat-cepat pergi merawat sebab di sana memang jadi budaya mereka.

"Laki kena bomoh dah tu. Buat laporan tempat yang sepatutnya. Panggil jiran tetangga halau," antara komen netizen.

 

Artikel Lain