suria

Wanita dikejar sampai lif, nyaris diterkam lelaki tua! Kecewa aduan keselamatan hanya sia-sia, pengawal kondo tak faham BM

Ramai warga asing bekerja sebagai pengawal keselamatan di Malaysia. -Gambar hiasan AI

LAMBAKAN warga asing dalam sektor kawalan keselamatan di Malaysia mengundang pelbagai isu termasuk kesejahteraan rakyat tempatan.

Antaranya, kemahiran bahasa Melayu yang terhad menyebabkan orang awam sukar mendapatkan bantuan daripada mereka apabila diperlukan.

Di Thead, seorang wanita tular selepas berkongsi pengalamannya ketika cuba meminta bantuan daripada pengawal warga asing.

Pengawal keselamatan warga asing perlu mempelajari bahasa tempatan untuk memudahkan urusan dengan orang ramai. -Gambar hiasan AI

"Aku pernah kena kacau dekat tempat letak kereta dengan seorang pakcik tua. Dia kejar sampai lif, nak terkam aku.

"Lepas tu beria la aku lari cari pengawal nak lapor. Tapi pengawal tu tak faham apa yang aku cakap. Bahaya Melayu tak faham, English pun tak faham.

"Aku rasa frust. Nasib baik aku hidup lagi. Tolonglah kepada semua pengurusan kondominium, wajibkan pengawal pandai cakap Melayu atau fasih bahasa Inggeris," tulisnya.

  • Wanita dedah pengalaman diganggu lelaki tua di tempat parkir kereta.
  • Dia cuba minta bantuan, namun pengawal warga asing tak faham Bahasa Melayu.
  • Dia kesal dan memberi saranan agar pengawal keselamatan diberi latihan bahasa.
  • Netizen pula berkata ramai pengawal asing bertugas di pusat beli belah.

Menurut wanita itu, dia tidak membuat laporan polis kerana mengesyaki individu yang mengganggunya adalah orang kelainan upaya (OKU).

Malah katanya, dia juga sudah tidak berdepan dengan individu itu kerana sudah berpindah rumah.

Di ruangan komen, ramai netizen turut bersetuju dengan saranan wanita itu.

ARTIKEL BERKAITAN: "Sorry cukup ke?" - Lelaki dedah mak guard hospital ‘baik hati’ tak ‘clamp’ tayar, tiba-tiba minta RM10

ARTIKEL BERKAITAN: Lama parkir di masjid, 'projek' dalam kereta! Pak guard cekup pelajar sekolah, mahasiswi buat maksiat

"Di pusat beli belah pun sama. Ya Allah, apabila ditanya arah dia tak tahu. Tanya tandas je pun.

"Sebab nak murah dan jimat kos, main ambil je (pengawal warga asing) lepas tu tak bagi training.

"Minta MyKad mengalahkan polis, tapi bahasa Melayu pun tak faham," tulis beberapa netizen.

Wanita perlu hati-hati jika bersendirian di kawasan tempat letak kereta. -Gambar hiasan AI

Dalam masa sama pelayar Thread turut memberi saranan kepada wanita itu membawa alat pelindung diri ketika bersendirian.

"Jerit kuat-kuat, biar panik pengawal keselamatan tu.

"Guna pepper spray dulu, lepas tu cari zon selamat. Harap sis tak trauma," tulis netizen lagi.

Artikel Lain