suria

“Kucing tu lari, mereka kejar pijak lagi!” - Wanita ‘sembur’ dua beradik dera si bulus... Ada ibu macam ‘tunggul’, langsung tak tegur

Kanak-kanak perlu diajar untuk menyayangi haiwan jalanan. -Gambar hiasan AI

SETIAP ibu bapa memainkan peranan penting dalam mendidik anak-anak untuk menyayangi haiwan sejak kecil.

Di Thread, seorang wanita meluahkan rasa kesal apabila ada ibu bapa yang membiarkan anak-anak mereka berkelakuan kasar terhadap kucing.

Menurut wanita itu, dia menyaksikan kejadian berkenaan ketika menjamu selera di sebuah medan selera di Selangor.

Banyak kucing di kawasan pasar dan medan selera. -Gambar hiasan AI

"Nampak seorang budak perempuan umur lebih kurang 12 tahun, adik lelakinya macam empat tahun. Saya dengar bunyi jeritan kucing.

"Rupanya mereka berdua ni main pijak-pijak ekor kucing. Kucing lari, mereka kejar dan pijak lagi. Yang geramnya, nampak mak dia perhati je," kongsinya.

Menurut wanita itu, dia sempat menegur dua kanak-kanak berkenaan selepas selesai makan tengah hari di medan selera berkenaan.

  • Wanita lihat dua kanak-kanak ganggu seekor kucing di medan selera.
  • Dia mendakwa dua beradik itu berulang kali memijak ekor kucing.
  • Dia kecewa ibu kanak-kanak itu langsung tidak bertindak.
  • Netizen puji keberanian wanita itu menegur dua beradik berkenaan.

"Sambil nak jalan pergi ke kereta, saya sound setepek dekat budak perempuan tu. Saya tanya, kenapa nak dera-dera, pijak ekor kucing?

"Saya kata kucing tak kacau, kenapa kamu nak kacau? Nak jadi jahat ke? Terus budak tu berlalu pergi," tulisnya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki didakwa terima kifarah lepas sepak kucing bunting... Berubat banyak tempat tapi tak sembuh

ARTIKEL BERKAITAN: Abang acah pencinta haiwan, kutip 2 ekor kucing jalanan bawa balik rumah... Tapi harapkan mak, adik perempuan cuci tahi bawah almari!

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen memuji wanita itu yang berani menegur perbuatan yang salah.

Pada masa sama, netizen turut menggesa ibu bapa agar mendidik anak-anak mereka untuk belajar menyayangi haiwan.

Didikan ibu bapa penting dalam membentuk sikap anak-anak. -Gambar hiasan AI

"Terima kasih sebab bersuara. Memang budak sekarang ramai buat benda jahat, ibu bapa buat bodoh je.

"Kamu sangat baik. Terima kasih kerana mempertahankan kucing yang tak berdaya tu.

"Saya pernah sound budak kacau kucing tidur. Terus mak dia tarik tangan anaknya," tulis beberapa netizen.

Artikel Lain