SEORANG wanita meluahkan rasa terkilan dengan sikap abangnya yang didakwa tidak bertanggungjawab selepas membawa pulang dua ekor kucing ke rumah.
Menerusi satu luahan di media sosial, abangnya yang berusia 30an itu didakwa tidak pandai menguruskan kebersihan haiwan tersebut.
Malah ibu mereka sering menegur tentang najis kucing yang tidak dibersihkan, namun abangnya tetap tidak mahu memikul tanggungjawab mengenainya.

Dua ekor anak kucing yang dipelihara oleh abang pengadu.
"Mak dah banyak kali bising pasal najis tapi apabila ditegur, disalahkan balik dekat mak. Dia yang nak bela sampai dua ekor, tapi tak mahu jaga.
"Nak kata sibuk kerja pun tak juga sebab baru je mula bekerja. Itu pun masuk dan balik kerja sesuka hati. Nak cuti pun sesuka hati dia.
"Komitmen rumah seperti sewa, air dan elektrik pun saya dan mak je yang bayarkan. Tak faham la, dah berbuih mulut ni bercakap," keluh wanita itu.
Menerusi foto yang dikongsikan, kelihatan beberapa ketulan najis dibiarkan di bawah sebuah perabot dalam rumah sebagai bukti.
ARTIKEL BERKAITAN: Bela kucing dalam rumah boleh timbulkan perasaan was-was... Ini hukum Islam pemilik harus tahu
ARTIKEL BERKAITAN: Ibu pakar bela haiwan, siap peluk macam cucu... anak kongsi ‘punca’ angsa rasa nak kejar manusia laju-laju - “Angsa kami manja”
Lebih membimbangkan, wanita berkenaan mendakwa dia dan ibunya tidak berani menegur berlebihan kerana abangnya bersikap panas baran.
Tambahnya, hubungan antara mereka juga semakin renggang kerana setiap kali berbual pasti akan berakhir dengan pertengkaran.
"Dia je lelaki yang paling besar dalam rumah ni. Panas baran dia tu nauzubillahiminzalik. Sampai mak pun dah penat nak tegur dan terasa hati.
- Seorang wanita kecewa abangnya bela dua kucing tapi tak jaga kebersihan.
- Ibunya sering ditegur balik bila menasihati tentang najis kucing.
- Semua bil rumah ditanggung wanita itu dan ibunya, bukan abangnya.
- Mereka takut tegur kerana abang bersikap panas baran.
- Netizen nasihat belajar bertanggungjawab atau serah kucing pada orang lain.
"Sebab tu rumah mak, mestilah mak saya nak tinggal dalam keadaan tenang dan selesa.
"Nak suruh dia pindah? Umur dia dah nak masuk 30an dah. Masih tak mampu nak tanggung diri sendiri lagi," katanya.
Dalam ruangan komen, ramai netizen memberikan pandangan dan nasihat.

Sesetengah komen netizen di media sosial.
"Kena kurung dan letak bekas pasir supaya kucing tu belajar dekat mana nak buang najis. Kalau lepaskan memang dia akan kencing berak merata.
"Kalau yang tukang kutip tak reti nak jaga, ini betul-betul menyusahkan ahli keluarga.
"Eloknya bagi orang lain pelihara, daripada bergaduh sesama sendiri. Kalau dia bising, cakap kalau rasa nak bela kucing kena bertanggungjawab atau pindah rumah lain," komen beberapa netizen.


