suria

Rindu sentuhan kulit, isteri sedih suami pilih tidur dengan anak perempuan... Sanggup letak dua katil ‘queen’ dalam bilik kelamin

Kemesraan sesebuah keluarga boleh pudar disebabkan gangguan pihak ketiga. -Gambar hiasan

GOLONGAN wanita pasti akan rasa terpinggir apabila pasangan yang disayangi lebih mengutamakan orang lain di kala diri sendiri memerlukan belaian dan perhatian.

Melalui situasi tersebut, seorang wanita cuba mendapatkan pandangan netizen selepas perbincangan bersama suaminya tidak mendatangkan hasil.

Bagaimanapun, dia mendedahkan individu yang dikatakan 'merampas' suaminya adalah anak perempuan mereka yang baru berusia enam tahun.

"Macam mana nak pisahkan tempat tidur anak umur enam tahun dengan ayahnya?

Pergaduhan antara suami dan isteri adalah perkara biasa dalam rumah tangga. -Gambar hiasan

Pergaduhan antara suami dan isteri adalah perkara biasa dalam rumah tangga. -Gambar hiasan

"Puas dah cakap dengan suami, tapi sama je. Satu bilik, tidur tiga beranak dengan dua katil (saiz) queen," luahnya di Thread.

Menurut wanita ini, situasi tersebut berlarutan sejak sekian lama sehingga dia merindui kemesraan suaminya semasa tidur.

"Dah lama sangat saya tidur asing macam ni, sedih tak dapat sentuhan kulit daripada suami.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita cemburu suami ‘terlajak’ mesra dengan kakak ipar, siap jalan pegang tangan! Persoal umur dah 30 tahun tapi tak kahwin

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita pelik suami kerap VC bekas isteri, guna alasan nak tengok anak... Apabila tegur kena 'cop' cemburu, tiada sifat keibuan

"Kadang-kadang, apabila rasa penat, kita nak genggam tangan (suami) tapi suami lebih pilih tidur dengan anak berbanding saya.

"Anak saya mengamuk kalau tidur bertiga (sekatil) dan dia mesti (tidur) tengah-tengah," tambahnya berkongsi hal yang berlaku dalam keluarganya.

Dia yang buntu dengan situasi dialami pernah terfikir untuk memindahkan sebuah katil keluar dari bilik demi memberi ruang kepada suami dan anak.

  • Isteri rasa terpinggir apabila suami pilih tidur dengan anak.
  • Rindu sentuhan dan kemesraan suami.
  • Anak enam tahun enggan tidur sendiri.
  • Penat berbincang tapi tiada perubahan.
  • Netizen nasihat latih anak tidur berasingan.

Tambahan pula, kaedah silent treatment yang dilakukan tidak membuahkan hasil.

Bahkan, suaminya turut mendiamkan diri sehingga menjangkau tempoh berbulan-bulan lamanya.

"Dah penat sangat berbincang hal ini, jadi boleh tak saya nak tunjuk perangai... saya diam tapi saya buat.

"Saya banyak silent treatment, suami yang didik saya jadi macam ni sebab dia jenis pendiam.

Warga maya memberikan nasihat dan cara yang boleh dilakukannya.

Warga maya memberikan nasihat dan cara yang boleh dilakukannya.

"Kalau bergaduh, makan masa berbulan nak bercakap sampailah baik sendiri... itupun pasal anak je," luahnya sayu.

Luahannya itu mengundang pelbagai reaksi daripada warganet yang rata-ratanya bersimpati dengan nasib dialami.

Tidak kurang juga yang meluahkan kebimbangan sekiranya dia membiarkan sahaja anak perempuannya tidur bersama suami sehingga dewasa.

"Pelik kalau suami pilih tidur dengan anak berbanding isteri, anak perempuan pula tu. Awak sepatutnya marah sebab usia anak pun enam tahun.

"Saya biasakan anak tidur di bilik lain dan apabila semua dah tidur, barulah saya masuk ke bilik sendiri.

"Cuba hiaskan bilik anak macam yang dia nak kemudian temankan dia tidur dan awak keluar pelan-pelan," demikian reaksi netizen.

Artikel Lain