KESELAMATAN di tempat awam seharusnya menjadi tanggungjawab bersama, namun ada segelintir ibu bapa yang dilihat terlalu mempertahankan anak walaupun tingkah lakunya jelas berbahaya.
Seorang wanita meluahkan rasa kesal selepas menegur kanak-kanak yang bermain di kawasan eskalator di sebuah pusat beli-belah.
Menurutnya, kanak-kanak itu dilihat berulang-alik naik dan turun di depan laluan eskalator hingga mengganggu pergerakan orang ramai.
Lumrah kanak-kanak suka bermain tanpa mengira tempat. -Gambar hiasan AI
“Saya tegur nada elok je, saya kata adik, jangan main eskalator ya, bahaya” katanya.
Namun niat baik itu dibalas pula dengan reaksi kurang senang daripada ibu kepada kanak-kanak tersebut.
ARTIKEL BERKAITAN: Anak kecil pekerja kafe besar kepala, biadab main pukul-pukul pelanggan tanpa sebab! Ibunya langsung tak minta maaf
ARTIKEL BERKAITAN: Cuit sikit telinga murid sebab tak siap tugasan, tak sangka mak ayah terasa 'sakit'! Guru akur dipanggil 'hadap' pentadbir
“Mak dia jawab... tak payah nak marah, dia budak lagi. Saya macam tak percaya, biar betul akak ni bagi anak dia main” katanya.
Wanita itu meluahkan kebimbangan terhadap keselamatan kanak-kanak tersebut, sambil menyindir bahawa jika berlaku kecemasan, ibu bapa sepatutnya bertanggungjawab sepenuhnya.
- Seorang wanita ditegur ibu budak selepas menasihati anak kecil yang bermain di eskalator.
- Kanak-kanak itu dilihat berulang-alik depan eskalator hingga mengganggu pengguna lain.
- Ibu kepada kanak-kanak berkata, “Tak payah marah, dia budak lagi”.
- Wanita itu bimbang risiko kecederaan dan menyindir agar ibu bertanggungjawab jika berlaku insiden.
- Netizen sokong tindakan menegur, dan persoal sikap ibu bapa yang terlalu mempertahankan anak.
“Yelah kak, nanti kalau sangkut ke apa, tolong la settle sendiri. Jangan panggil bomba atau pihak pengurusan pula,” katanya.
Perkongsian itu menarik perhatian ramai, dengan rata-rata netizen menyokong tindakan menegur secara baik, dan menggesa ibu bapa supaya lebih peka terhadap tingkah laku anak di tempat awam.

Reaksi warga maya
"Kalau saya di tempat awak, saya akan cakap... main la dik, bagi sangkut kaki. Cakap tu depan mak dia.
"Yang sis tegur tu 'tuan' dia. Jangan tegur 'tuan' dia. Akhir zaman ni ibu melahirkan 'tuan'.
"Wujud pula mak macam tu. Aku ni kerap la tegur anak-anak aku main kat eskalator," katanya.


