KERJAYA sebagai guru dilihat semakin mencabar apabila kebanyakan anak dikatakan terlalu dimanjakan ibu bapa sehingga mereka sukar untuk ditegur.
Lebih memburukkan keadaan, terdapat ibu bapa cenderung menyebelahi anak-anak mereka sehingga guru pula yang dipersalahkan.
Di Thread, tular tangkap layar mesej seorang guru yang mendakwa dipanggil oleh pentadbir sekolah gara-gara mencuit telinga muridnya.

Murid nakal boleh mengganggu aktiviti pembelajaran di bilik darjah. -Gambar hiasan
"Hari tu saya kena panggil dengan pentadbir, sebab cuit telinga budak. Budak tu kerja sekolah dua bulan lepas saya bagi, tak siap.
"Cuit telinga, terus buat laporan. 'Bapak' dia lah. Terus saya abaikan budak tu sampai sekarang," tulis guru itu.
Tangkap layar berkenaan dikongsi oleh rakan kepada guru itu, namun dia tidak menyatakan secara terperinci butiran kejadian tersebut..
- Seorang guru mendakwa dipanggil oleh pentadbir sekolah kerana mencuit telinga muridnya.
- Dia mengakui bertindak mencuit telinga kerana murid itu gagal menyiapkan kerja sekolah.
- Dia kini memilih untuk tidak menghiraukan murid berkenaan.
- Beberapa guru lain turut tampil berkongsi pengalaman yang dilalui mereka.
Perkongsian itu mengundang pelbagai komen netizen, termasuklah daripada golongan pendidik.
Menurut seorang bekas guru, dia pernah berdepan situasi sama dan mengakui ramai murid zaman sekarang semakin bermasalah.
"Saya bekas cikgu. Bukan nak marah tapi budak-budak sekarang macam tu ya. Saya mengajar sekolah menengah, jadi mereka rasa mereka dah besar. Berani lawan kita tau.
ARTIKEL BERKAITAN: Seumur hidup tak pernah duduki peperiksaan besar, gadis calon SPM buat bapa hilang sabar - “Batch 08 ni cabar keimanan!”
ARTIKEL BERKAITAN: Cikgu jumpa bungkusan tisu atas kerusi, menggigil takut nak buka... Rupanya pelajar beri duit, ganti semula kos beli pemadam
"Padahal isunya suruh buat kerja sekolah je. Entahlah, saya rasa mereka ada perasaan yang mereka boleh buat semua tu sebab cikgu tak boleh sentuh, mak ayah pula menyebelahi mereka," tulisnya.
Seorang lagi guru di ruangan komen turut berkongsi kisahnya yang dihubungi oleh ibu seorang murid.
"Semalam lagi teruk, saya tegur budak main gam atas meja. Dia tonggeng lepas tu buat macam slime. Malamnya mak budak tu WhatsApp.
"Dia cakap saya tegur macam tu, takut anak dia stres tak mahu sekolah dah," kongsi guru wanita itu pula.


