suria

Wanita terkejut adik-beradik ipar berperangai aneh, berani masuk bilik selongkar pakaian... Terus sarung jika berkenan!

Setiap isteri pasti inginkan kehidupan yang bahagia dan selesa bersama pasangan. -Gambar hiasan

GOLONGAN wanita yang tinggal bersama mentua pasti mempunyai pelbagai pengalaman pahit dan manis, apatah lagi jika melibatkan keluarga besar.

Melalui situasi sama, seorang wanita berkongsi kisahnya yang terpaksa menumpang di rumah mentua selama beberapa tahun.

"Pernah duduk bersama dengan mentua selama tiga tahun.

Tinggal bersama mentua dan ipar yang ramai bukanlah mudah. -Gambar hiasan

Tinggal bersama mentua dan ipar yang ramai bukanlah mudah. -Gambar hiasan

"Aku anak perempuan tunggal yang masuk ke keluarga suami, seorang anak sulung yang ada ramai adik," ujarnya di Thread.

Menurut wanita ini, keputusan itu dibuat kerana rumah yang dibeli belum siap sepenuhnya.

Ketika cuba menyesuaikan diri dengan keluarga baharu, dia terkejut apabila pakaiannya menjadi 'harta awam'.

ARTIKEL BERKAITAN: Mentua kaki pusing, guna suami ambil ‘personal loan’ buat rumah... Lepas siap ipar-duai ‘rasmi’ dulu, pemilik disuruh pindah!

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita mulut ‘laser’ berubah sopan, rupanya nak pinjam nama adik ipar mohon Rumah Mesra Rakyat! Sebelum ni tak pernah jaga hati

Situasi dialami membuatkan dia terpaksa menyembunyikan setiap pakaian mahupun tudung yang baharu dibeli.

"Rupanya baju aku, jadi baju adik-adik ipar juga. Mereka tak ada tudung lawa? Jangan risau, masuk je bilik aku pilih tudung apa yang mereka suka.

  • Wanita kongsi pengalaman tinggal dengan mentua selama tiga tahun.
  • Anak tunggal yang masuk keluarga suami ramai adik-beradik.
  • Dakwa baju dan tudungnya dikongsi adik ipar tanpa izin.
  • Setiap kali beli pakaian baru, terpaksa sorok daripada mentua.
  • Netizen faham situasi, anggap duduk dengan mentua cabar privasi.

"Beli baju baru kena sorok-sorok, kalau tidak... mentua akan ambil gambar dan hantar pada adik ipar yang tak duduk sekali," tambahnya.

Bukan itu sahaja, dakwa pengadu lagi mentuanya juga pernah memberi pakaiannya tanpa keizinan untuk dipakai adik ipar ke jamuan raya di sekolah.

Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya turut memahami dilema menantu tinggal bersama mentua.

Warga maya turut memberi reaksi kurang senang dengan sikap ipar pengadu.

Warga maya turut memberi reaksi kurang senang dengan sikap ipar pengadu.

Ramai mengakui situasi sebegitu boleh menjejaskan keselesaan dan ruang peribadi seseorang, lebih-lebih lagi apabila melibatkan soal privasi dan barang peribadi.

"Tiga tahun tu lama sis, saya pun anak sulung tapi adik-adik tak pernah masuk bilik saya... inikan ipar.

"Orang yang Allah bagi rezeki kahwin ni memang orang yang mampu hadap je, sebab kalau aku memang bertukar jadi KingKong.

"Kalau dengan adik-beradik sendiri tak kisah sangat tapi kalau ipar memang kena minta izin dulu," demikian reaksi netizen.

Artikel Lain