SETIAP penghuni bertanggungjawab menjaga privasi dan keselamatan rumah sewa dengan tidak membawa orang luar masuk tanpa kebenaran.
Di laman X, seorang wanita mendakwa rakan serumahnya sering menipu penghuni lain demi membawa teman lelakinya masuk ke rumah sewa mereka.
"Dalam perjanjian sewa dah ditetapkan tiada lelaki dibenarkan masuk kecuali keluarga. Dia kerap guna ayat 'abang' dia nak masuk rumah.

Rakan serumah perlu bertindak sekiranya ada penghuni yang melakukan maksiat. -Gambar hiasan AI
"Hari tu dia suruh aku masuk bilik jap sebab abang dia nak masuk. Padahal dia nak bawa boyfriend (BF). Dia siap pressure housemate seorang lagi untuk suruh saya masuk bilik.
"Saya letak telefon dekat luar. Saya rakam dia bawa masuk BF. Clear ya muka dia dan BF dalam video tu, mereka laju-laju takut kantoi. Padahal dah kantoi," kongsinya.
Menurut wanita itu, dia sebenarnya bukan individu jenis jaga tepi kain orang lain, namun bimbang berlaku kejadian tidak diingini dalam kediaman berkenaan.
- Wanita dakwa rakan serumahnya kerap bawa lelaki masuk ke rumah sewa.
- Dia pernah letakkan fon secara sembunyi untuk rakam perbuatan mereka.
- Wanita itu bimbang berlaku kejadian jenayah dalam rumah sewanya.
- Netizen saran buat laporan kepada pemilik rumah sewa.
"Rasa macam nak lapor Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tapi kita pun tak tahu bila dia bawa jantan. Lepas ni kena pasang kamera litar tertutup (CCTV) la nampaknya.
"Saya jenis tak kisah pasal dosa engkau, tapi ini tentang keselamatan. Kalau BF kau rogol, bunuh penyewa lain, macam mana? Fikirlah soal keselamatan.
"Jangan sampai aku cari nombor telefon mak kau dan hantar video kau bawa lelaki," tulis individu itu lagi.
ARTIKEL BERKAITAN: Masalah di rumah sewa lama berulang... 'Housemate' baharu pun suka bawa masuk kekasih, kawan lelaki
ARTIKEL BERKAITAN: Kesal suami ego tak izin melabur beli rumah, isteri 'degil' buat secara diam-diam... Kini bangga kutip hasil sewa
Di ruangan komen, netizen meminta wanita itu agar membuat laporan kepada pemilik rumah sewanya.
"Lapor pada pemilik rumah. Bagi sekali video. Ini bukan soal dosa pahala je, tapi keselamatan penyewa lain.

Segelintir penghuni menjadikan rumah sewa mereka sebagai 'port' untuk melakukan maksiat. -Gambar hiasan AI
"Buat laporan pada tuan rumah. Halau terus. Nak tunggu apa-apa berlaku dulu ke?
"Tak fahamlah aku betina jenis bawa teman lelaki masuk rumah ni," tulis beberapa netizen.


