SELEPAS tiga tahun mendirikan rumah tangga, seorang lelaki merasakan hubungannya dengan isteri mula hambar dan kosong lebih-lebih lagi dalam soal nafkah batin.
Menurut pengadu, dia mengesyaki isterinya berubah sikap gara-gara masih terkenang kisah cinta dengan kekasih terdahulu.
Ujarnya, sebelum berkahwin dia sudah mengetahui kisah silam isterinya yang pernah terlanjur dengan bekas kekasih iaitu warga Pakistan.
Kisah pasangan terlanjur dengan bekas kekasih menghancurkan perasaan setiap pasangan. -Gambar hiasan AI
"Sudah tiga tahun kami kahwin dan mempunyai seorang anak. Sebelum kahwin isteri ada kisah gelap dan pernah beberapa kali terlanjur.
"Lelaki Pakistan tu siap hantar gambar sebagai bukti pernah bersama. Namun saya tetap terima masa lampau dia," kongsinya di satu grup Facebook.
ARTIKEL BERKAITAN: Suami maut kemalangan, luluh hati isteri jumpa mesej curang dalam telefon - "Kifarah ke semua ni?"
ARTIKEL BERKAITAN: “Semoga abang kemalangan putus tangan!” - Doa isteri dicurangi termakbul... Kereta suami berpusing tengah jalan, langgar pagar besi
Cerita lelaki itu lagi, di awal perkahwinan mereka tinggal berasingan kerana belum menemui rumah dan setiap kali bertemu pasti akan melakukan hubungan intim.
"Namun sejak dah tinggal sebumbung, dia banyak menolak kalau saya yang ajak. Saya jadi sakit hati, mental dan batin saya celaru.
"Ia buat saya terfikir adakah dia lagi suka berhubungan dengan ex dia? Sekarang dah hampir enam bulan kami tak melakukan hubungan intim," katanya.
- Seorang lelaki kecewa apabila isterinya mula berubah dan bersikap dingin.
- Dia mendakwa isterinya yang pernah terlanjur dengan bekas kekasih warga Pakistan.
- Pada awal perkahwinan hubungan mereka mesra meskipun tinggal berasingan, namun selepas tinggal sebumbung, isterinya menolak ajakan untuk bersama.
- Lelaki itu mengaku batin dan emosinya terganggu selepas hampir enam bulan tidak bersama.
- Perkongsian itu menarik perhatian netizen yang menasihatinya agar mempertimbangkan jalan perpisahan demi kebaikan kedua-dua pihak.
Jelasnya, secara tidak langsung kisah lampau isterinya bersama lelaki Pakistan itu mula bermain di fikirannya.
"Kenapa dia tak boleh nak layan saya sama macam ex dia? Tolong sakit hati sangat sekarang.
"Sebelum kahwin dia tanya sama ada saya ada bulu dada atau tidak. Mungkin dia dah suka fizikal bekas teman lelaki yang jenis berbulu.," katanya lagi.
Reaksi netizen
Perkongsian itu mengundang rasa sedih dalam kalangan netizen yang menasihatkannya untuk menceraikan wanita terbabit.
"Jalan terbaik berpisah. Baik kau tanya dia nak bercerai atau tidak.
"Ceraikan bro. Sifat buruk masih ada tu. Silap-silap dia dah kembali berhubungan dengan lelaki Pakistan tu.
"Kesian kau, buat apalah kau ambil bekas sisa orang asing," kata warga maya.
Dek kerana saranan demikian, pengadu sempat membalas komen warga maya dan mengakui dia sememangnya terdetik untuk menceraikan isterinya dan menyesal kerana memberi peluang kepada wanita itu.
"Begini balasannya sekarang. Tak guna jadi baik sebelum ni," katanya ringkas.


