RAMAI beranggapan seseorang wanita itu pasti bahagia jika dia berkahwin dengan lelaki bergaji besar.
Namun seorang wanita di platform X mengakui rumah tangganya tetap berdepan masalah kewangan walaupun suaminya berpendapatan RM10,000 sebulan.
"Macam mana nak jadi isteri yang bersyukur? Suami aku gaji RM10,000 sebulan... nafkah aku dia bagi RM700.

Suri rumah terpaksa mengharapkan wang pemberian suami untuk membeli barang keperluan. -Gambar hiasan
"Tapi percayalah, simpanan sebulan RM1,000 pun dia tak ada. Duit habis macam tu je untuk bayar hutang. Tiada bajet untuk shopping atau bercuti.
"Tiap minggu makan ayam je. Aku dah agak benda (masalah) ni akan jadi lepas dia 'angkat' kereta," kongsi wanita itu.
Menjengah ke ruangan komen, beberapa individu meminta wanita itu bersyukur kerana dia masih menerima nafkah RM700 sebulan.
- Wanita raih perhatian di X selepas mendedahkan suaminya berpendapatan RM10,000 sebulan.
- Wanita itu berkata dia hanya menerima nafkah bulanan sebanyak RM700.
- Dia juga mengadu tentang kekangan kewangan suaminya sehingga mereka tidak dapat melancong.
- Ramai netizen tegur wanita itu dan minta dia bersyukur dengan kehidupannya.
"Bersyukurlah gaji dia RM10,000, dia bagi RM700. Saya rasa awak ni suri rumah, sebab tu awak tak tahu nilai RM700 bagi orang bekerja.
"Berapa keluasan rumah? Besar dan selesa tak? Okey la tu makan ayam. Bukannya makan nasi dengan garam, telur dan kicap.
"Bersyukurlah. Kalau rasa tak cukup, usahalah sama-sama. Bukan merentan saja," tulis beberapa netizen.
ARTIKEL BERKAITAN: Takut dilabel ‘gold digger’, isteri pendam rasa sedih tak dapat nafkah bulanan- “Saya ada gaji RM5,000 sebulan”
ARTIKEL BERKAITAN: Bekas suami tak bagi kerjasama, culas nafkah... Wanita ini beri 10 nasihat 'rare' untuk ibu tunggal sentiasa kuat, 'jalan terus'
Malah kata netizen, wanita itu sepatutnya mengambil kira potongan gaji serta perbelanjaan lain yang perlu ditanggung suaminya.
"Percayalah gaji RM10,000 tu penyudahnya sikit je selepas tolak cukai, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan sebagainya.
"Dia ingat gaji RM10,000 tu masuk tepat RM10,000 dalam bank ke? Tolak KWSP, tolak kereta, rumah, bil. Dapat makan lauk ayam tiap minggu pun bising," tulis netizen lagi.


