suria

Seumur hidup tak pernah duduki peperiksaan besar, gadis calon SPM buat bapa hilang sabar - “Batch 08 ni cabar keimanan!”

Segelintir pelajar hanyut dengan media sosial sehingga menjejaskan prestasi akademik mereka. -Gambar hiasan

PELAJAR yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sepatutnya bertungkus lumus mengulang kaji pelajaran sejak awal.

Namun, seorang pelayar Thread meluahkan rasa kesal kerana adik perempuanya yang berusia 17 tahun dilihat tidak serius dalam pelajarannya di sekolah.

"Macam mana nak 'basuh' adik aku yang first batch 08 (2008) yang tak ada peperiksaan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) ni? Otak dia macam kosong tentang SPM ni. 

STOP .... Media not allow to closer with pupils at the Written Exam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 begin today at SMK Seksyen 7in Shah Alam.— KK SHAM/The Star

SPM dianggap sebagai peperiksaan paling penting bagi pelajar sekolah menengah. -Gambar hiasan

"Banyak kali aku cakap SPM dah nak dekat, kena bersedia. Dia kata, jawab je la macam biasa. Mendidih aku dengar. Ayah aku tengah 'basuh' dia. Hari-hari tanya dan ingatkan.

"Tapi dia? Muka kosong. Merisaukan sangatlah batch 08 ni. Aku tak pukul rata, tapi tak sangka ada manusia bagi jawapan macam ni. Tak pakai otak sebelum bercakap," tulisnya.

Menurut individu itu lagi, bapanya juga naik angin sehingga mengigil kerana adiknya memberi bayangan untuk tidak menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi.

  • Pelayar Thread luah kekecewaan adiknya tak hirau SPM yang semakin dekat.
  • Dia berkata adik perempuannya juga tiada kenginan untuk sambung belajar.
  • Bapanya juga geram dengan sikap adiknya yang tidak mementingkan pelajaran.
  • Seorang guru turut mengakui calon SPM tahun ini benar-benar mencabar kesabarannya.

"Sihat tubuh dan mental, tapi sifar minat untuk belajar. Dah lama aku perhatikan, dia ni tak minat nak belajar. Apabila tanya nak masuk Kolej Vokasional (KV) ke, dia tak nak pula.

"Dah tu, minat apa? Tahu nak melawa je. Semua trend TikTok bagi dekat dia, semua pro. Pelajaran ke laut, kelas tambahan skip. Risau sangat," luahnya lagi.

Di ruangan komen, beberapa netizen turut berkongsi cerita mengenai masalah sama yang berlaku dalam keluarga mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Susah dapat kerja walau ada sijil kemahiran, wanita hampiri usia ‘3 series’ nekad ambil SPM… Dulu tercicir, kini masa ‘upgrade’ diri

ARTIKEL BERKAITAN: “Dunia sekarang tidak adil!” - Pelajar cemerlang SPM kecewa tak dapat biasiswa... Mak ayah gaji besar jadi penghalang

"Batch 08 ni tak pernah rasa gagal yang dahsyat. Jadi dia anggap SPM ni sekadar peperiksaan akhir tahun.

"Tidak dinafikan batch 08 ni sangat mencabar keimanan dan kesabaran kami cikgu-cikgu SPM.

"Sebab dia rasa senang dan selesa. Sekali kena keluar dari rumah baru dia tahu kesusahan kat luar tu keras," tulis netizen.

Artikel Lain