suria

"Takkan nak didik macam askar" - Bapa lempang muka anak 3 tahun sebab bising, beri alasan ikut didikan ibu masa kecil

Menampar anak boleh memberi kesan trauma sehingga mereka dewasa. -Gambar hiasan

BAYANGKAN seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun ditampar oleh bapanya hanya kerana bising ketika dia mahu tidur. 

Ibu kanak-kanak itu meluahkan rasa sedih dan kecewa selepas mendengar alasan suami yang menegaskan bahawa dia mengikut cara didikan ibunya sejak kecil. 

Menurut wanita itu, anak sulungnya memang riuh dan banyak bercakap sebagaimana sifat biasa seorang kanak-kanak yang aktif.

Menggunakan kekerasan bukan cara mendidik anak dengan betul. -Gambar hiasan

"Ayahnya selalu cakap anak saya ni memekak. Dia kena tampar mukanya sebab bising ketika ayahnya nak tidur. Bila saya tanya kenapa dia suka marah anak yang ni.

"Jawapannya, dia tak nak anak dia lembik sangat. Memang kena ajar dari kecil. Budak tu bukan 13 tahun. Kadang saya tengok dah macam anak tiri dah si sulung ni.

"Kesian betul dekat dia. Suami saya ni memang dari kecil mak dia terlalu tegas didik dia. Pendek kata, selalu kena pukul la. Takkan dia nak 'sambung' generasi mak dia dekat anak aku pula," luah wanita itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu nak sangat zuriat perempuan, sanggup didik anak lelaki jadi pondan! - “Mak dia akan puji cantik”

ARTIKEL BERKAITAN: Cikgu buat mak ayah ‘buka mata’... Anak boleh belajar banyak perkara di dapur, tak perlu pergi jauh-jauh

Wanita itu mengakui dia sering berasa kecewa dan terkilan setiap kali suaminya bertindak melulu memarahi anak kecil mereka. 

Malah pertengkaran mengenai cara mendidik anak juga kerap berlaku menyebabkan suaminya menuduh dia terlalu memanjakan anak.

"Kadang-kadang saya sakit hati juga. Selalu juga gaduh fasal anak ni. Dia cakap saya manjakan anak. Habis... budak kecil lagi kan.

  • Bapa tampar anak 3 tahun sebab bising ketika dia tidur.
  • Suami dakwa ikut cara didikan ibunya sejak kecil.
  • Ibu kecewa, kata anak tak patut dididik macam askar.
  • Pasangan sering bergaduh hal cara didik anak yang berbeza.
  • Netizen kecam tindakan kasar si bapa.

"Takkan nak didik macam askar pula. Macam biasa la, saya je boleh marah anak sendiri, orang lain walaupun suami pun, kalau marah memang saya sakit hati juga.

"Tapi kalau dia marah bersebab, okay la. Ni kadang sebab anak kami menyanyi pun dimarahnya. Ada sawan marah ke apa ya suami saya ni," katanya lagi.

Perkongsian wanita ini mendapat pelbagai reaksi warga maya.

Rata-ratanya tidak bersetuju dengan tindakan suami pengadu yang berkasar dengan kanak-kanak apatah lagi berusia tiga tahun.

Antara komen warga maya.

"Kesian anak tu. Patutnya seorang bapa mendidik. Beza tau, tegas dengan kasar. Pantang betul orang naik tangan dekat muka ni.

"Bagitahu suami, syukurlah anak dia pandai bercakap. Ada ramai budak kurang upaya (OKU) yang terlantar saja. Dia budak sihat, memang la aktif. Kalau diam je, tu anak patung.

"Kak, cuba lempang muka suami akak pula. Kalau dia tanya kenapa lempang muka dia, cakap je akak nak didik supaya dia tak jadi lembik," komen beberapa netizen.

Artikel Lain