TINDAKAN seorang rider menyimpan makanan dipesan pelanggan di bawah tempat duduk motosikalnya mencetuskan rasa kurang senang dalam diri wanita ini.
Berkongsi pengalaman, wanita tersebut berkata dia membuat pesanan melalui aplikasi penghantaran makanan dan mengakui kuantiti yang ditempah juga banyak.
Namun, dia terkejut melihat rider berkenaan mengambil bungkusan makanannya yang diletakkan di bahagian bawah tempat duduk (seat) motosikal.

Rider perlu letak makanan pelanggan di ruang bersih dan selamat. -Gambar hiasan
"Sampai-sampai (tiba di lokasi) dia angkat dua plastik (bungkusan makanan) kecil je dari raga motor dan bagi dekat saya. Lepas tu saya cakap la, eh ni je ke? sebab pelik la tak cukup bagi order ke.
"Sekali dia buka bahagian seat, ambil makanan dia simpan dekat bawah tempat duduk tu. Wey sangat tak proper (tidak wajar) ye. Makanan kot tu.
"Kau boleh letak dekat bawah tempat jubur (punggung) kau duduk? Beg simpan makanan mana?" wanita itu menceritakan pengalamannya dalam hantaran di Threads.
ARTIKEL BERKAITAN: 'Promoter' butik geli sentuh tangan rider, ambil makanan guna hujung jari sambil buat muka jijik
ARTIKEL BERKAITAN: “Saya takut akak lapar” - Rider bahayakan diri redah hujan lebat, tak tergamak ‘sidai’ pelanggan walau cuaca buruk
Bagi wanita tersebut, tindakan meletakkan makanan pelanggan di bawah tempat duduk motosikal tidak wajar dilakukan, namun mungkin boleh dimaafkan jika makanan tersebut dibeli untuk diri sendiri.
Menurutnya, dia bagaimanapun memilih untuk tidak membuat laporan kepada syarikat atas rasa simpati terhadap rider berkenaan walaupun tidak setuju dengan tindakannya.
"Tetap tak elok bagi saya, letak bawah kangkang. Tu makanan bukan sabun. Tak ikut standard kebersihan e-hailing.
- Pelanggan tidak puas hati apabila rider simpan makanan di bawah tempat duduk motosikal.
- Pelanggan terkejut bila rider keluarkan makanan dan serahkan dua plastik kecil dari bawah seat.
- Anggap tidak wajar dan tak mengikut standard kebersihan penghantaran makanan.
- Namun tidak membuat laporan atas rasa simpati terhadap rider yang mencari rezeki.
- Ada netizen faham situasi rider, namun ramai tetap anggap cara itu tidak sesuai.
"Tapi saya kasihan. Nanti saya buat laporan, silap-silap dia kena penalti pula. Nak cari makan susah nanti," jelasnya lagi.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen memberikan pandangan berbeza mengenai perkara ini.
Ada yang memahami situasi rider, namun tidak menafikan tindakan itu tetap tidak patut dilakukan.

Setiap rider bertanggungjawab memastikan makanan pelanggan diserahkan dalam keadaan baik. -Gambar hiasan
"Tak ada masalah pun sebenarnya. Bukan dia betul-betul duduk atas makanan tu sampai terpenyek.
"Ada kan motor yang ada ruang bawah seat tu. Mungkin dia sudah biasa letak situ tapi masih tak sesuai la sebab dia rider makanan.
"Tak 'fresh' pun ya juga makanan tu sebab nanti kalau makanan sejuk, jadi tak sejuk. Kalau makanan panas, jadi tak panas dah. Memang kena letak dalam beg untuk makanan," komen beberapa netizen.


