suria

“Ustaz bisik minta maafkan arwah” - Isteri hanya angguk, tak daya bersuara tengok kulit jenazah suami luruh semasa dimandikan

Mengamalkan ilmu sihir hukumnya haram dalam Islam. -Gambar hiasan

KEHILANGAN pasangan hidup pasti meninggalkan kesan mendalam bagi sesiapa sahaja.

Di laman Thread, seorang wanita berkongsi situasi dialami rakan baiknya yang baru selesai menjalani tempoh idah selepas suami meninggal dunia akibat penyakit diabetes.

Mengimbau semula peristiwa yang berlaku, pengadu berkata jenazah arwah suami kawannya sukar diuruskan kerana perbuatannya semasa hidup.

Sihir sering digunakan untuk mencapai hajat tertentu.

Sihir sering digunakan untuk mencapai hajat tertentu. 

"Kawan saya jenis tegas sebab dia bos di pejabatnya. Tapi dengan suami dia jadi macam kucing Siam sedangkan lelaki tu kerja kontraktor tak pernah beri nafkah.

"Beli barang dapur, duit belanja sekolah anak semua kawan saya tanggung.

"Semasa dimandikan, kulit jenazah luruh... ustaz ada bisik yang suami dia amalkan ilmu tundukkan isteri dan minta dia maafkan supaya urusan arwah dipermudahkan," kongsinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Padah 'main' bini orang... Zakar tak berfungsi, 'dipatahkan' guna ilmu! Isteri sendiri pun kecewa, akhirnya bercerai

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki guna ilmu ‘gentel lada hitam’ demi puaskan nafsu terlarang... Wanita perlu tahu cara matikan sihir, pengamal boleh mati pucuk!

Menurut pengadu lagi, pada masa itu, rakannya hanya menganggukkan kepala tanpa bersuara.

Seolah-olah turut merasai kesedihan yang ditanggung, pengadu mengakui dia sering menyaksikan tangisan rakannya itu.

"Saya sendiri saksikan banyaknya air mata dia yang jatuh demi untuk jaga maruah suami saat dipuji masyarakat.

  • Wanita kongsi kisah rakan kehilangan suami selepas derita diabetes.
  • Dakwa jenazah sukar diurus akibat amalan sihir ‘tundukkan isteri’.
  • Arwah suami digambarkan kedekut dengan keluarga tapi pemurah dengan kawan.
  • Isteri dikatakan banyak berkorban dan menangis demi jaga maruah suami.
  • Netizen simpati, anggap kisah itu jadi pengajaran buat pasangan lain.

"Suaminya pergi masjid, selalu belanja kawan. Setakat hulur RM100 dekat kedai kopi memang tidak ada masalah.

"Tapi kawan saya kena hitung duit syiling (guna duit sendiri)," tambahnya yang berharap kisah rakannya itu menjadi pengajaran kepada masyarakat.

Hantaran yang dibuatnya mengundang reaksi bercampur daripada warga maya selepas dia turut menyatakan usia perkahwinan rakannya itu hampir 40 tahun.

Warga maya turut bersimpati dengan nasib rakannya.

Warga maya turut bersimpati dengan nasib rakannya.

Ramai yang meluahkan rasa simpati pada rakannya kerana dinafikan hak sebagai isteri.

Tidak kurang juga yang berkongsi pengalaman sama.

"Saya percaya dengan cerita ini sebab ada keluarga kena macam tu, dia wanita hebat. Lepas kahwin jadi bodoh, ikut suami yang tak guna.

"Kesian isteri makan hati, tapi tak apalah pasti ada ganjaran pahala untuk dia.

"Nasib orang berbeza, hak memaafkan pun masing-masing... ustaz sekadar beritahu dan semoga kehidupan kawan kamu semakin baik," demikian reaksi netizen.

Artikel Lain