RASA sakit dan pedih dikhianati membuatkan seseorang yang pernah mengalaminya tidak dapat melupakan setiap insiden yang berlaku.
Turut mempunyai pengalaman sebegitu, seorang pengguna Thread berkongsi kisah pengkhianatan paling besar yang pernah dialami dalam kehidupannya sehingga dia 'terduduk'.
Malah kata wanita ini, kejadian pada 2022 itu membuatkan dia sukar untuk mempercayai orang lain.

Masalah dialami membuatkan seseorang mudah mengalami tekanan perasaan. -Gambar hiasan
"Pengurus aku songlap duit syarikat sehingga RM500,000 dan pengesahan pertama adalah ID (identiti) aku.
"Macam mana dia dapat ID aku? Ya, sebab aku bodoh percaya pada dia dan kongsikan password sistem kerja aku," ujarnya mengimbau semula kejadian tiga tahun lalu.
ARTIKEL BERKAITAN: Rider gigit jari, kawan ‘songlap’ barang kemas nilai RM2,000! Makin kecewa lepas isteri siasat di kedai pajak gadai
ARTIKEL BERKAITAN: 'Ibu kutu' jerat diri, hidup dihantui hutang! Seiap bulan kena sedia RM8,000 bayar 'loan', gaji bersih cuma RM2,400
Menurut wanita ini, dia bertindak berkongsi data peribadi itu pada asalnya dibuat dengan niat untuk memudahkan urusan pasukan.
Justeru dia tidak menyangka ketuanya akan menyalahgunakan data tersebut untuk melakukan pecah amanah.
- Wanita kongsi pengalaman pahit dikhianati pengurus sendiri.
- RM500,000 lesap selepas ID dan kata laluan sistemnya disalah guna.
- Kejadian pada 2022 buat dia serik dan hilang kepercayaan kepada orang lain.
- Akui silap percayakan ketua demi mudahkan urusan kerja pasukan.
- Netizen simpati, kongsi kisah sama dan pesan jangan mudah percaya sesiapa.
"Dia manager aku, jadi aku ingat tak ada masalah. Keduanya, untuk menyenangkan kerja semua orang dalam pasukan.
"Walaupun berlaku pada 2022, tapi sampai hari ini aku tak akan maafkan dia dan aku sumpah dia akan selamanya susah sampai mengemis," tambahnya.
Bagaimanapun dia tidak menyatakan dengan jelas tentang tindakan atau hukuman yang dikenakan dan apa yang berlaku kepada bekas majikannya itu.

Warga maya turut berkongsi pengalaman dikhianati.
Kisahnya itu menarik perhatian ramai pengguna media sosial yang turut berkongsi pengalaman dikhianati orang yang pernah mereka percayai.
"Pengalaman yang mahal, faham nak menyenangkan orang tapi zaman sekarang keluarga pun tak boleh dipercayai.
"Pekerja yang kerja dua tahun lebih curi duit sikit-sikit, sekarang jadi kes polis.
"Suami aku pula dikhianati kawan baik dia, hal duit juga," demikian antara maklum balas netizen.


