BERMAIN kutu merupakan cara mudah dan singkat untuk mengumpul simpanan tunai, biasanya melibatkan jumlah yang banyak.
Namun situasi berbeza dialami seorang wanita apabila dia dibebani masalah kewangan gara-gara 'skim' simpanan ini.
Berkongsi pengalaman dalam grup Facebook Muflis Bankrupt di Malaysia, dia yang tidak mendedahkan identiti diri berharap beban kewangan yang ditanggung itu akan berakhir sebelum usianya mencecah 40 tahun.
Menurut pengadu, segalanya bermula selepas dia dilantik sebagai 'pentadbir', atau lebih popular dengan gelaran 'ibu kutu'.
"Lama pendam, kali ini saya nak kongsikan pengalaman sendiri sampai saya tak tahu nak berhenti macam mana.
Permainan kutu membolehkan mereka yang terlibat mendapat sejumlah wang apabila tiba giliran -Gambar hiasan
"Puncanya sebab saya jadi 'mak kutu', rolling duit pemain," ujarnya memulakan cerita.
Pada awalnya, dia dapat menggantikan semula duit ahli yang digunakan dan membayar penerima mengikut giliran masing-masing.
Namun, apabila mengalami masalah untuk membuat pembayaran, dia mula memohon pinjaman kewangan.
Menerusi AEON, wanita ini membuat pinjaman sebanyak RM15,000 dengan bayaran bulanan berjumlah RM299.
Malah dia turut membuat tiga pinjaman lain dari institusi kewangan berlesen dengan bayaran bulanan masing-masing berjumlah RM990, RM540 dan RM465.
ARTIKEL BERKAITAN: Tiga bulan tunggu duit tak masuk, ‘ibu kutu’ bagi alasan bodoh! Paling geram jenis banyak mulut, berani pesan jangan ambil giliran akhir
ARTIKEL BERKAITAN: Wanita heret ‘ibu kutu’ naik mahkamah, tuduh larikan RM15,000! Siap syak terlibat aktiviti cuci duit
"Saya juga ada buat dua pinjaman kewangan guna nama suami dengan bayaran bulanan keseluruhan berjumlah RM614.
"Kad kredit dengan bayaran RM350 sebulan, Sloan, kereta yang digunakan keluarga berjumlah RM500.
"Hutang telefon bimbit saya dan suami yang berjumlah RM290," jelasnya, memperincikan pinjaman kewangan yang telah dilakukan.
Menurut wanita ini, dia juga mempunyai barang kemas yang digadai dengan harga RM7,000 bagi menampung kehidupan hariannya dan keluarga.
Selain menjadi 'ibu kutu', dia turut bermain beberapa 'skim' sama dengan jumlah bayaran RM4,000 sebulan.
Mak kutu macam ni punca saya rugi RM16,000. Dia hilang masa nak bayar, alasannya cerai, mengandung, rumah banjir.
WARGA MAYA
Keseluruhan komitmen yang ditanggung membuatkan dia perlu menyediakan sekitar RM8,000 setiap bulan.
"Gaji bersih saya cuma RM2,400, tinggal pula dekat kawasan bandar.
"Nafkah tak minta dekat suami, belanja saya guna duit sendiri, suami cuma bagi duit untuk sewa rumah, kereta, bil dan belanja anak-anak.
"Tapi kadang-kadang saya tolong suami apabila tengah bulan... guna duit orang," tambahnya.
Berusaha untuk mengurangkan beban kewangan, wanita ini kini cuba berniaga sambilan.
Warga maya memujinya kerana tetap membayar duit ahli walau terpaksa meminjam.
Menurutnya, duit yang diperoleh digunakan sepenuhnya untuk membayar hutang.
"Setiap bulan boleh bayar tapi akan rolling, doakan saya bebas dari semua ni. Usia saya lewat 20-an, saya harap boleh 'bebas' sebelum umur 40 tahun," tambahnya.
Menjengah ke ruangan komen, warga maya meluahkan rasa simpati kepadanya.
Namun ada juga yang mengkritiknya kerana tidak berbelanja mengikut situasi kewangan semasa.
"Mak kutu macam ni punca saya rugi RM16,000. Dia hilang masa nak bayar, alasannya cerai, mengandung, rumah banjir.
"Ingatkan saya je ibu kutu yang alami masalah ni, saya pinjam dari PWB (institusi pinjaman wang berlesen).
"Sebab itu aku tak main kutu, baik simpan sendiri setiap bulan, anggap main kutu dengan diri sendiri," demikian antara reaksi warga maya.