suria

Dah la sengkek, kalau jumpa cuma nak seks! Wanita menyesal jadi bini kedua... Suami rupanya tak mampu, lebihkan isteri pertama

Lelaki yang berpoligami perlu berlaku adil terhadap semua isterinya. -Gambar hiasan AI

SEORANG wanita mencuri perhatian di platform X selepas berkongsi realiti hidup bermadu yang tidak seindah dijanjikan. 

Menurut pengadu yang tidak mendedahkan identiti diri, dia ibarat ditipu oleh suami sendiri selepas dinikahi, malah segala keistimewaan hanya dinikmati oleh isteri pertama.

Tambah wanita itu, kemampuan kewangan suaminya juga 'biasa-biasa' sahaja, menyebabkan dia terpaksa menanggung sendiri perbelanjaan hariannya.

Suami yang baik tidak akan mengabaikan anak-anak dan isteri. -Gambar hiasan AI

"Tiada yang paksa untuk kahwin tapi aku terpedaya dengan janji manis nak daftar (nikah) la, nak beritahu isteri pertama la. Akhirnya 'habuk' pun tak ada. 

"Isteri pertama je dapat 'benefit' sebab suami nak 'cover' salah dia. Kalau sanggup nak bermadu, carilah lelaki yang kaya. Ini tak, suami sengkek, habis duit tanggung bini pertama dengan anak-anak saja.

"Isteri pertama elok je goyang kaki tak kerja. Isteri-isteri lain kena kerja tanggung hidup sendiri. Stres," tulisnya.

Memanglah dia bertanggungjawab, tapi lebih kepada isteri nombor satu dan anak-anak dia saja.

MADU

Lebih menyeksakan kata wanita itu, dia juga kurang mendapat perhatian berbanding isteri pertama memandangkan hubungan mereka masih lagi dirahsiakan.

"Nak jumpa kena sembunyi-sembunyi. Jumpa pun fikir 'jolok' je. Bab lain tak fikir. Sekali sekala saja tolong bayar komitmen aku. Sikit-sikit kena balik, isteri dah cari. Macam bodoh saja. Takut sangat.

"Bagi alasan 'out station' baru dapat rasa pergi bercuti sama-sama. Tu pun asyik video call anak-anak. Penatlah dah bertahun macam ni.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita puas hati adik kepada madu turut diduakan suami, anggap doa dimakbulkan - “Saya orang pertama tahu berita tu”

ARTIKEL BERKAITAN: Hati berbunga suami pertama kali nak bawa pergi bercuti, mentua pula 'sentap' tak diajak - “Kami bulan madu pun tak pernah”

"Memanglah dia bertanggungjawab, tapi lebih kepada isteri nombor satu dan anak-anak dia saja. Aku ni pandai-pandailah nak hidup," luah wanita itu lagi.

Seperti dijangka, perkongsian wanita itu menerima maklum balas negatif apabila rata-rata netizen seolah-olah menyalahkan dirinya atas apa yang berlaku.

Menurut netizen, wanita itu layak hidup dalam keadaan sengsara memandangkan dia telah merampas kebahagiaan isteri pertama kepada suaminya.

Isteri perlu berbincang dengan suami sekiranya ada perkara yang menyeksa jiwa. -Gambar hiasan AI

"Itu saja nilai kamu? Kesian. Itulah, jadi lagi penyondol. Dah macam perempuan simpanan. Cuma bezanya kamu kena tanggung diri sendiri.

"Dah ambil suami orang ada hati nak mengadu macam-macam. Baguslah kau sedar silap kau kahwin dengan jantan sengkek. 

"Dah tahu dia ada anak bini, bodoh lagi nak rebut. Cepat sangat termakan kata-kata jantan miskin," tulis netizen.

 

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain