PELAKON Fatin Afeefa nekad tidak mahu kembali ke dunia lakonan dan nyanyian selepas memilih untuk memberi tumpuan kepada kehidupan berumah tangga sejak berkahwin pada 2022.Fatin atau nama sebenarnya Fatin Nur Afifah Shamsudin, 32, berkata dia langsung tidak pernah merindui dunia lakonan kerana sudah mula bekerja sebagai penghibur sejak berusia lapan tahun. Malah, dia menganggap keputusan untuk meninggalkan dunia seni sebagai satu pilihan yang membahagiakan dirinya ketika ini.Fatin seronok dengan kehidupan sebagai seorang ibu dan isteri."Saya sudah lama berhenti. Saya umumkan persaraan daripada dunia lakonan sebaik sahaja berkahwin. Saya tidak rindu pun kerana sudah mula berlakon sejak berusia lapan tahun. "Jadi, bagi saya, untuk kembali kepada dunia lakonan memang memenatkan. Saya mahu buat perkara lain pula. Sepanjang hidup, saya asyik dengan dunia lakonan, kerja dan menyanyi. "Sampai satu tahap, saya rasa mahu duduk di rumah, menonton televisyen, bawa anak ke pusat beli-belah dan taman permainan. Saya gembira dengan kehidupan sekarang," katanya.ARTIKEL BERKAITAN: Fatin Afeefa jawab salah faham sanggup buka tudung demi lakonan... “Itu enam tahun lalu”ARTIKEL BERKAITAN: Tiga tahun turun naik mahkamah, Fatin Afeefa syukur nafkah anak dinaikkanKata Fatin, dia kini sangat menikmati fasa kehidupannya apabila berpeluang melihat anak-anak membesar di depan mata."Saya dapat melihat anak-anak membesar dan dapat menegur mereka kalau keputusan peperiksaan merosot. Itu satu pengalaman yang sangat menggembirakan," luahnya.Mengulas mengenai tawaran lakonan yang masih diterima, Fatin berkata dia memilih untuk menolaknya secara baik kerana sudah membuat keputusan untuk bersara daripada industri seni.Katanya, ada saja pihak yang cuba memujuknya agar kembali berlakon, namun dia tetap dengan pendirian untuk tidak menerima sebarang tawaran. Saya mahu menjaga privasi dan maruah suami juga.FATIN AFEEFA PELAKON"Ada tawaran, tetapi saya tolak dengan baik. Saya beritahu mereka bahawa dari awal lagi saya sudah umumkan keputusan untuk berhenti, jadi tidak mungkin saya mahu menarik balik keputusan itu."Selain itu, saya juga menghormati suami. Suami meminta saya memperlahankan aktiviti menyanyi dan berlakon kerana merasakan perkara itu kurang baik. Jadi, saya ambil keputusan untuk berhenti terus."Seronok juga apabila tidak perlu melakukan apa-apa. Suami beritahu saya boleh duduk di rumah dan buat apa sahaja yang saya mahu, cuma tidak perlu lagi berlakon atau menyanyi," ujarnya.Mengulas mengenai peluang pelakon berhijab untuk terus aktif dalam industri seni, Fatin mengakui penampilan bertudung bukanlah penghalang untuk seseorang kembali berlakon.Fatin bersama suami dan cahaya mata mereka.Namun, dia kini lebih selesa menjaga privasi serta maruah suami selain tidak mahu membuka ruang kepada sebarang fitnah sekiranya kembali bekerja di set penggambaran."Betul, tetapi saya sudah mempunyai suami. Walaupun berhijab, mungkin ada babak yang memerlukan saya berdua-duaan dengan pelakon lelaki atau sebagainya."Jadi, saya mahu menjaga privasi dan maruah suami juga. Saya bimbang perkara itu boleh menimbulkan fitnah. Daripada membuka ruang kepada fitnah, lebih baik saya tidak berlakon langsung," jelasnya.Untuk rekod, Fatin mendirikan rumah tangga dengan usahawan Aliff Awang atau Opai pada Disember 2022 dalam sebuah majlis tertutup di Subang Jaya.