suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Qistina Khaled sedar diri, kesal masih dianggap baharu - “Kawan-kawan lain sudah pergi jauh“

Qistina terharu mendapat sokongan peminat.

DI SEBALIK kegembiraan tercalon dalam kategori Artis Baharu Wanita Popular dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-38, pelakon Qistina Khaled turut meluahkan rasa terkilan terhadap perjalanan kerjaya yang masih belum menyinar.

Kata Qistina, 25, dia sering mempersoalkan tentang dirinya yang masih dianggap baharu sedangkan sudah beberapa tahun memulakan karier sebagai seorang pelakon.

"Ada sedikit rasa terkilan yang susah nak jelaskan. Saya masih dalam kategori lebih kurang sama 'Artis BBNU' dan sekarang bila lihat calon lain, kebanyakan memang masih baharu dalam industri. Jangan salah faham, mereka memang layak.

Luahan Qistina di Threads. 

"Cuma kadang-kadang saya tertanya, bila agaknya orang akan nampak saya lebih daripada sekadar artis baharu? Kawan-kawan yang lain dah pergi jauh dan saya gembira untuk mereka.

"Cuma sebagai manusia, mestilah ada masanya kita nilai perjalanan sendiri," katanya dalam satu hantaran di Threads.

Dalam luahan tersebut juga, Qistina sedar dia tidak memiliki kelompok peminat yang kuat namun bersyukur apabila ada yang mula melihat bakat lakonannya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya tidak cucuk atau potong perut“ - Qistina Khaled nekad diet ‘hardcore’ turun 20kg akibat ditegur badan berisi 

ARTIKEL BERKAITAN: Sharmaine Alexander beri tempoh 2 tahun, patah balik bidang guaman jika karier seni hambar

Malah, aktres ini dalam masa sama memberitahu dia sentiasa terbuka untuk menerima sebarang komen bagi memperbaiki kualiti kerja.

Qistina juga menegaskan matlamat terlibat dalam dunia seni bukan semata-mata untuk mengejar populariti.

"Saya tahu tidak ada fanbase yang besar, tak ramai yang akan bersorak bila nama disebut dekat majlis. Namun, saya bersyukur kerana masih ada yang menyokong.

Qistina tidak patah semangat untuk perbaiki mutu lakonan. 

"Kalau ada yang tak kena dengan lakonan, penampilan dan ekspresi atau apa sahaja, tolong beritahu. Saya nak tahu bahagian mana yang perlu diperbaiki," luahnya.

Dalam kategori Artis Baharu Wanita Popular, Qistina bersaing dengan Amylia Aidura, Nasuha Sulaiman dan Sharmaine Alexander.

Turut tercalon ialah Amarra, Anggrek, Azeva, Marsya Qistina, Odda dan Thalita.

Artikel Lain