suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Saya tidak cucuk atau potong perut“ - Qistina Khaled nekad diet ‘hardcore’ turun 20kg akibat ditegur badan berisi

Qistina berjaya menurunkan berat badan sebanyak 20kg.

PELAKON Qistina Khaled mendedahkan teguran mengenai bentuk badannya ketika di set penggambaran menjadi antara faktor dia nekad menurunkan berat badan sebanyak 20 kilogram (kg).

Qistina, 25,  berkata teguran berulang kali mengenai fizikalnya membuatkan dia berfikir bahawa penampilannya mungkin menjadi salah satu faktor peluang lakonannya sebelum ini agak terhad.

“Setiap kali pergi ke set, mesti ada penerbit, pengarah atau kru yang tegur badan saya, kata saya berisi. 

“Dulu saya tidak kisah sangat apa orang nak cakap, tetapi bila saya fikir semula, mungkin perkara itu antara sebab saya kurang ke depan dalam industri. 

Qistina sebelum ini sering ditegur berisi.

“Jadi mahu atau tidak, saya tetap lakukan diet yang agak ‘hardcore’. Saya ikat perut dan memang tidak makan. Kira-kira setahun juga untuk saya turun 20kg ini,” katanya kepada mStar. 

Qistina berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sesi fotografi drama Tertulis Kita Sampai Syurga yang diadakan di Balai Berita, Bangsar, Kuala Lumpur pada Rabu.

Dalam pada itu, Qistina menafikan dakwaan segelintir pihak yang menyangka perubahan fizikalnya dilakukan menerusi kaedah seperti suntikan atau pembedahan bariatrik.

“Memang ramai yang syak saya buat benda-benda itu, orang kata saya cucuk atau potong perut. Sebenarnya saya memang tidak buat semua itu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Cabaran untuk dapat kembali 'roh' budak sekolah“ - Zarif Ghazzi susut 20kg, gelapkan kulit demi Abbas

ARTIKEL BERKAITAN: Gara-gara Akim Ahmad, berat badan Qilo turun 7kg dalam tiga minggu

“Sepanjang proses diet itu pun saya baru tahu ada orang gunakan ubat atau kaedah lain untuk turunkan berat badan dengan cepat, tetapi saya tidak guna kaedah itu.

“Saya memang pernah sampai tahap kebuluran. Kalau lapar sangat, saya akan beli ayam goreng mamak untuk seharian itu dan makan sedikit-sedikit. Air pun saya kurang minum,” katanya.

Bagaimanapun, Qistina mengakui cara pemakanan ekstrem itu memberi kesan kepada kesihatannya apabila dia mengalami masalah gastrik yang berpanjangan.

“Saya memang tidak makan dan kesannya saya jadi gastrik. Sampai sekarang pun masih ada masalah gastrik yang teruk.

“Tenaga saya pun tidak macam dulu. Dulu saya sangat bertenaga, tetapi sekarang cepat rasa penat,” jelasnya.

Qistina melakukan diet ekstrem untuk menurunkan berat badan.

Sementara itu, Qistina bersyukur perubahan fizikal yang dilakukannya membuka lebih banyak peluang untuknya dalam bidang lakonan apabila dia mula ditawarkan watak utama.

“Alhamdulillah, bila berat badan sudah turun, barulah orang mula panggil saya sehingga dapat watak heroin. Orang mahu lihat benda yang cantik. Bukan netizen saja, pengarah dan stesen televisyen pun sama juga,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Qistina bakal membintangi drama Tertulis Kita Sampai Syurga yang bakal ditayangkan bermula 9 November depan di TV3. 

Selain Qistina, drama tersebut turut dibintangi pelakon Shukri Yahya dan Ramona Zamzam.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain