suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tujuh tahun berehat, Farah Nabilah aktif semula ikut syarat suami… Tak boleh pegang pelakon lelaki, elak watak antagonis

Farah (kanan) kini kembali berlakon atas restu suami dan keluarga.

PELAKON Farah Nabilah mendedahkan suaminya, Mohammed Amirul Yunus, menetapkan beberapa syarat sebelum mengizinkannya kembali aktif dalam dunia lakonan selepas tujuh tahun berehat.

Farah atau Farah Nabilah Saipuddin, 34, berkata antara syarat ditetapkan ialah dia tidak boleh melakukan babak yang melibatkan sentuhan atau berpegangan dengan pelakon lelaki.

Selain itu, Farah juga mengelak daripada watak antagonis kerana bimbang karakter negatif yang dibawa boleh memberi kesan kepada anak-anak mereka.

“Ya syaratnya tak boleh berpegangan (dengan lelaki). Bagi saya babak romantis boleh saja menjadi tanpa sentuhan, kalau betul-betul menghayati watak dan lontarkan dialog. 

Farah bakal membintangi drama terbaharu, Sepenuh Hati Rindu.

Farah bakal membintangi drama terbaharu, Sepenuh Hati Rindu.

“Karakter yang dibawa pun mungkin menjadi seorang ibu dan bukannya penyondol. Sebenarnya suami pun tak beri saya berlakon watak antagonis. 

“Katanya anak-anak tengok TV, nanti mereka tak boleh bezakan antara lakonan dan realiti. Kalau watak antagonis kan negatif, saya cuba elak. Ada saja tawaran tetapi wataknya terlalu jahat. Ia sudah bercanggah dengan prinsip saya,” katanya kepada mStar

Farah berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sesi fotografi drama Sepenuh Hati Rindu yang diadakan di Balai Berita, Bangsar, Kuala Lumpur pada Rabu.

Dalam pada itu, Farah memberitahu keputusan untuk kembali berlakon juga dibuat selepas memikirkan usia anak-anak yang semakin membesar selain mendapat dorongan suami.

ARTIKEL BERKAITAN: Letih layan kerenah pembantu rumah, Farah Nabilah pilih urus sendiri rumah tangga... “Macam-macam cekadak, penat nak fikir”

ARTIKEL BERKAITAN: Farah Nabilah rindu nak berlakon semula, tapi masih bimbang Covid-19 - “Ada ahli keluarga berisiko, saya terpaksa pilih duduk rumah”

“Sebab pertama adalah kerana anak-anak sudah besar, kalau apa-apa jadi mereka boleh cakap dengan kita.

“Kedua, suami saya pun beri dorongan. Dia kata saya asyik berlakon di rumah saja. Kalau macam mood saya tidak baik, suami akan tanya tengah berlakon ke? 

“Paling penting, saya terima tawaran ini kerana tidak pernah membawakan watak seperti ini. Untuk buat comeback, saya mahukan watak tidak pernah ditonton oleh peminat,” ujarnya.

Sebenarnya suami pun tak beri saya berlakon watak antagonis

FARAH NABILAH 

PELAKON 

Mengulas mengenai tempoh tujuh tahun berehat, Farah menjelaskan dia sebenarnya tidak pernah berhenti berlakon, sebaliknya banyak menolak tawaran kerana belum menemukan naskhah yang berbaloi.

“Dalam masa tujuh tahun itu banyak tawaran diterima cuma tak ada cerita yang betul-betul berbaloi untuk saya tinggalkan anak. 

“Ramai ingat saya sudah berhenti berlakon, saya tidak berhenti tetapi hanya berehat. 

Farah teruja dapat beraksi semula di hadapan kamera selepas tujuh tahun berehat daripada lakonan.

Farah teruja dapat beraksi semula di hadapan kamera selepas tujuh tahun berehat daripada lakonan.

“Sekarang saya sudah kembali dan berbeza dari dulu. Kini saya lebih matang, banyak pengalaman dalam hidup membuatkan ia lebih mudah untuk membawa sebarang karakter,” katanya. 

Untuk rekod, Farah mendirikah rumah tangga dengan juruterbang, Mohammed Amirul Yunus pada 20 Disember 2019. 

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Andre Omar, 6, dan Yusuf Gibran, 4 tahun.

Dalam perkembangan lain, Farah membintangi drama Sepenuh Hati Rindu yang bakal ditayangkan bermula 27 Oktober depan di TV3.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain