PENGANJURAN KamiSempoi Golden Award 2025 yang kembali buat tahun keempat bakal mengiktiraf, menghargai dan meraikan pencapaian para pencipta kandungan digital serta hos TikTok Live dari seluruh negara.Menurut Ketua Pegawai Eksekutif KamiSempoi International Agency (KSIA), To Chin Swee, anugerah itu bukan sekadar memberikan pengiktirafan, malah menjadi platform bagi meraikan usaha dan pencapaian semua pihak terlibat. “KamiSempoi Golden Award kita adakan untuk menghargai semua pihak dalam platform kami. Bukan sahaja live host, tetapi juga sub-agency, gifter dan rakan penaja yang memainkan peranan masing-masing.To Chin Swee selaku penganjur KamiSempoi Golden Award 2025.“Kami mahu kerja keras dan pencapaian mereka dihargai. Pada masa sama, anugerah ini juga menjadi motivasi kepada lebih ramai live host untuk meningkatkan prestasi mereka,” katanya.KamiSempoi Golden Award 2025 akan berlangsung pada 28 Ogos ini di Mines Wellness City, Seri Kembangan.Penganjuran tahun ini menyaksikan 20 kategori bagi meraikan pencapaian pelbagai pihak dalam ekosistem digital dan penstriman langsung. Daripada jumlah itu, 13 kategori dikhususkan kepada Live Host, tiga kategori untuk Sub Agency dan Talent Manager, satu kategori Gifter dan tiga pengiktirafan utama mengikut pasaran iaitu Top Host Malaysia, Top Host Singapore dan Top Host Indonesia.ARTIKEL BERKAITAN: Kecewa ’disakiti’ 16 tahun bantu Emma Suhaimi hayati lagu ARTIKEL BERKAITAN: Nadeera bidas tuduhan hanya bergantung lagu Hael... “Dari dulu ada buat untuk orang lain“Pada edisi kali ini, proses pemilihan Live Host dan Sub Agency dibuat secara lebih teliti berdasarkan pencapaian dan prestasi.Bagi Live Host, penilaian dibuat berdasarkan pencapaian diamond dan prestasi Live, selain mengambil kira tahap komitmen juga perkembangan mereka sepanjang berada dalam ekosistem KSIA.“Tahun ini kita betul-betul pilih host yang akan menyertai acara ini. Kita mahu mereka yang berada di pentas itu mempunyai pencapaian yang boleh dibanggakan.Penyanyi Bulan Asyraff antara live host yang bersaing.“Jadi ia bukan semata-mata kerana seseorang itu popular, tetapi kerana mereka benar-benar menunjukkan prestasi dan usaha,” hurainya.Tambah To, anugerah sama bakal menyaksikan pelancaran KamiSempoi Premier Academy bagi melatih dan membangunkan generasi baharu profesional dalam penstriman langsung.Akademi ini bertujuan membawa pembangunan penstriman langsung ke tahap yang lebih tersusun dan profesional.Katanya, ia juga merupakan usaha bagi membuka lebih banyak peluang kerjaya dalam ekonomi digital kepada individu daripada pelbagai latar belakang.Riezman Khuzaimi duta KamiSempoi dan live host TikTok.“Kami tidak kisah mereka datang daripada latar belakang apa pun. Penyanyi, pengacara, pelajar, suri rumah atau orang biasa sekalipun.“Yang penting mereka mahu belajar, mahu bekerja dan betul-betul serius untuk jadikan penstriman langsung sebagai kerjaya.“Kalau dia pandai bercakap, pandai berkomunikasi dan boleh menghiburkan orang, itu yang kami cari,” katanya.Akademi tersebut akan beroperasi di ibu pejabat KSIA di Quill City Mall, Kuala Lumpur.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube