suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nadeera bidas tuduhan hanya bergantung lagu Hael... “Dari dulu ada buat untuk orang lain“

Nadeera jawab dakwaan yang mengatakan dia tidak pandai membuat lagu.

PENYANYI Nadeera menepis dakwaan segelintir netizen yang menganggap dirinya tidak mempunyai kebolehan mencipta lagu sendiri dan sering bergantung kepada komposer Hael Husaini semata-mata.

Nadeera atau nama sebenarnya Nadeera Zaini, 33, menjelaskan bahawa dia sebenarnya sudah lama bergiat aktif dalam pembikinan lagu, namun penglibatannya lebih banyak ditumpukan untuk rakan-rakan artis yang lain.

"Mungkin ramai dekat luar sana mengatakan Nadeera tak ada buat lagu ke? Tapi sebenarnya saya dari dulu lagi ada sahaja buat lagu untuk rakan-rakan artis yang lain, cuma mungkin orang tak tahu kan.

Nadeera banyak menghasilkan lagu buat penyanyi lain.

"Sebab saya tak buat lagu untuk diri saya, saya buat lagu untuk orang lain. Tapi untuk Cuba Jadi Aku ini, saya terlibat untuk melodi. Macam lirik pula, Hael Husaini minta saya tulis karangan untuk berikan jalan cerita," katanya kepada mStar.

Mengulas mengenai tanggapan yang menyifatkan kerjaya seninya terlalu bergantung pada karya ciptaan Hael Husaini, Nadeera menyifatkan peluang menyanyikan lagu daripada komposer itu sebagai satu rezeki yang tidak harus ditolak.

Jelas Nadeera, dia turut bekerjasama dengan ramai komposer tempatan lain namun persepsi tersebut timbul disebabkan lagu-lagu ciptaan Hael lebih menjadi perhatian ramai.

ARTIKEL BERKAITAN:“Kalau berat cecah 45kg, orang kata saya berisi“ - Dipuji semakin cantik, Nadeera akui jaga makan

ARTIKEL BERKAITAN:Sakitnya dikhianati, Nadeera luah perasaan dalam ‘Cuba Jadi Aku’

"Peluang atau rezeki saya dapat menyanyikan karya daripada Hael Husaini bukannya senang nak dapat. Dan saya sahut cabaran menyanyikan lagu beliau itu bukannya mudah, sumpah susah.

"Ramai dekat luar sana mungkin cakap Nadeera ini terlalu bergantung pada Hael. Sebenarnya saya pun ada pendekatan beberapa komposer lain untuk hasilkan lagu saya.

"Mungkin orang salah faham sebab lagu-lagu Hael macam Bukan Lagi Kita itu orang lebih tahu. Jadi orang berpendapat saya terlalu bergantung harap, tapi sebenarnya ada sahaja beberapa lagu yang saya ambil daripada komposer lain," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain