BERGELAR seorang selebriti, penyanyi Nadeera Zaini sedar perkara berkaitan penampilan sering menjadi tumpuan ramai. Sentiasa menjaga keterampilan di depan khalayak, Nadeera, 32, juga meluahkan rasa syukur setiap kali menerima pujian daripada peminat yang menyifatkan dirinya kini tampil semakin cantik. “Sebagai penyanyi, saya perlu menjaga imej kerana peminat bukan sahaja mahu melihat kita menyanyi, tetapi juga menghargai penampilan yang menarik.Nadeera sangat menitikberatkan penampilan semasa membuat persembahan. “Jadi, saya akan berusaha melakukan apa sahaja yang mampu, termasuk menjaga pemakanan dan mengamalkan diet supaya penampilan sentiasa sedap dipandang,” katanya.Nadeera ditemui ketika sidang media pelancaran lagu Cinta Yang Di Akhir Garisan 2.0 yang berlangsung di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada Khamis. Bercakap soal penjagaan diri, kata penyanyi ini aspek berat badan antara yang diberi keutamaan. ARTIKEL BERKAITAN: Sakitnya dikhianati, Nadeera luah perasaan dalam ‘Cuba Jadi Aku’ARTIKEL BERKAITAN: Nadeera jarang main media sosial demi kesihatan mental“Mungkin kerana tubuh saya kecil dan tidak tinggi, jadi orang melihat saya seolah-olah terlalu kurus.“Kalau berat mencecah 45 kilogram, orang akan kata saya sudah berisi. Sebab itu saya cuba pastikan berat badan tidak sampai ke tahap itu,” ujarnya. Sementara itu berkongsi tentang rakaman lagu Cinta Di Akhir Garisan 2.0, Nadeera tidak menyangka komposer Ajai memilihnya sebagai salah seorang penyanyi bersama Marsha Milan, Adira Suhaimi dan Aisha Retno. Nama Nadeera kini semakin dikenali ramai. “Kalau kita lihat, lagu ini memang cukup popular dan sering menjadi pilihan ramai ketika berkaraoke. Jadi, saya amat bersyukur dapat menjadi sebahagian daripada projek ini,” luahnya. Terdahulu, lagu tersebut pernah dirakamkan oleh penyanyi Datuk Nora, Ziana Zain, Ning Baizura dan Dessy Fitri. Dalam versi baharu ini, Ajai mendapatkan kerjasama 53 pemuzik orkestra dari Budapest dan dijangka dilancarkan pada hujung Ogos.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!