PENYANYI dan pelakon Noki K-Clique membuktikan profesionalisme yang tinggi apabila enggan melengahkan sesi penggambaran filem Tiket Sehala biarpun berdepan kecederaan sehingga bibirnya bocor dan berdarah akibat tertumbuk oleh pelakon dari Korea Selatan.Menurut Noki atau nama sebenarnya Ahmad Ikhwan Aji, 32, insiden tersebut berlaku ketika menjayakan babak aksi bersama salah seorang pelakon dari negara berkenaan. Tidak mahu menyusahkan seluruh krew yang terlibat dan mengelakkan sebarang babak penting dipotong akibat kekangan masa, Noki berkata dia hanya berehat sekitar lima hingga 10 minit sebelum kembali menyambung babaknya. Noki tidak mengambil masa untuk kembali ke sesi penggambaran meskipun cedera. "Bibir saya 'bocor' (berdarah) kena tumbuk dengan pelakon Korea. Masa itu Noki berehat pun dalam lima ke 10 minit sahaja sebab kalau ambil masa panjang, takut tak sempat habiskan penggambaran."Bila tak sempat, nanti ada babak yang kena potong sebab kami memang sudah tak ada masa. Jadi bila mereka tanya boleh lagi ke Noki?, saya terus cakap boleh sambung. Noki memang tak fikir panjang," katanya ketika ditemui mStar di malam gala filem Tiket Sehala. Dalam masa sama, Noki juga berkata kesakitan yang dialami itu tidak menghalangnya daripada memberikan komitmen terbaik sehinggakan dia tidak sedar telah tertelan darahnya sendiri di lokasi penggambaran.ARTIKEL BERKAITAN: Noki pilih pasangan aktres serasi, bukan untuk jatuh cintaARTIKEL BERKAITAN: “Memang ada dalam keluarga sebelah ayah” - Noki bimbang warisi penyakit keturunan"Masa tengah penggambaran itu, saya ingat saya tengah telan air liur sebab penat. Tiba-tiba rasa pahit, rupanya darah sendiri yang saya telan."Lagipun babak bergolek di atas tanah dengan pelakon itu sangat mencabar. Setiap kali bergolek, pasir masuk mata. Tapi paksa juga buka mata untuk teruskan lakonan," ujarnya.Mengulas mengenai penggambaran filem berkenaan di Korea Selatan, Noki mengakui faktor cuaca yang sejuk melampau menjadi cabaran paling berat.Cuaca di Korea Selatan yang sejuk merupakan cabaran terbesar buat Noki. Tambahnya, keadaan itu menyebabkan emosi seluruh tenaga produksi dan barisan pelakon terganggu dan tidak menentu."Bibir dan muka jadi kering betul. Nak berdialog pun muka sudah kebas dan keras. Jadi benda-benda macam itulah yang membuatkan emosi kami turun naik dan tak 'steady'."Bukan dari segi watak yang berat, tetapi situasi penggambaran itu sendiri yang tersangat berat. Apa-apa pun saya gembira dapat selesaikan penggambaran ini dan ia menjadi satu pengalaman baru yang amat berharga," ujarnya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!