suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Finas, MSU meterai kerjasama pintar cungkil pelapis industri kreatif

Finas dan MSU meterai MoU perkukuh kerjasama strategik.

PERBADANAN Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) dan Management and Science University (MSU) bakal memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) sebagai langkah strategik memperkukuh kerjasama pintar di antara kedua-dua institusi khususnya dalam bidang pendidikan tinggi dan industri kreatif.

Menerusi pemeteraian ini, kedua-dua pihak bakal memfokuskan kepada pembangunan modal insan membabitkan pelajar, pensyarah, mahupun para pemain industri kreatif secara menyeluruh.

Majlis pemeteraian MoU tersebut disempurnakan oleh Presiden dan Pengasas MSU, Profesor Tan Sri Datuk Wira Dr Mohd Shukri Ab Yajid bersama Ketua Pegawai Eksekutif Finas Datuk Azmir Saifuddin Mutalib.

Majlis tersebut turut dihadiri Pengerusi Finas, Datuk Hans Isaac (empat dari kanan). 

MoU itu menyaksikan kolaboratif pintar MSU dan Finas dalam pelbagai bidang strategik seperti pembangunan kurikulum, pelaksanaan program peningkatan kemahiran semula dan peningkatan kemahiran bagi tenaga kerja industri kreatif.

Dalam masa sama, ia juga menyediakan latihan, khidmat perundingan dan pensijilan professional, akses kepada rangkaian industri, menyokong pemindahan ilmu melalui penglibatan latihan industri pelajar dan pertukaran kakitangan, akademik serta pakar industri melalui pelantikan sebagai professor atau pensyarah adjung.

Bidang lain yang turut diperkasakan ialah penganjuran festival filem dan kandungan kreatif, ceramah industri, seminar, persidangan berkaitan dengan industri perfileman yang melibatkan pelajar dan komuniti.

MSU juga akan menawarkan kepakaran akademik dan keupayaan Penyelidikannya, Pembangunan dan Inovasi (RDI) bersama industri termasuk pertukaran bahan penyelidikan dan kerjasama dalam penerbitan serta pembentangan data pendidikan dan saintifik.

ARTIKEL BERKAITAN: Idea Bront Palarae, 150 pemenang terdahulu jurikan 25 kategori FFM35

ARTIKEL BERKAITAN: Ernie Zakri puji pelajar MSU, lain macam vibe ‘Metfest 2023’… Waris pula kagum konsert angkat elemen budaya

Ia bertujuan bagi menyokong pelaksanaan pelbagai inisiatif bersama di samping melibatkan penyertaan pelajar dan kakitangan MSU dalam program-program anjuran Finas. 

MSU juga akan menyediakan kemudahan kampus bagi pelaksanaan aktiviti kolaboratif, sekali gus membuka lebih banyak peluang kepada pelajar untuk memperoleh pendedahan industri serta mengetengahkan bakat mereka di platform yang lebih luas.

Kerjasama tersebut dijangka terus memperkukuh ekosistem industri kreatif negara, di samping menyokong pertumbuhan berterusan sektor perfileman dan industri kreatif Malaysia khusus melalui kerjasama institusi pendidikan tinggi serta agensi kerajaan yang menerajui pembangunan industri perfileman dan kreatif Malaysia. 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain