suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sharmaine Alexander lali dikecam ‘wajah berusia‘, hargai sokongan Fasha Sandha

Sharmaine tidak terasa hati dengan setiap kecaman diberikan.

PELAKON Sharmaine Alexander tidak mengambil hati dengan komen segelintir netizen yang mendakwa wajahnya kelihatan lebih berusia berbanding gandingannya, Fasha Sandha dalam drama Kasih Yang Terkorban.

Sharmaine atau Sharmaine Ilenna Rudy Alexander, 26, berkata dia melihat setiap komen yang ditinggalkan penonton dari sudut positif malah menganggapnya sebagai tanda mereka mengikuti lakonannya dalam drama tersebut.

Malah, kata Sharmaine, komen-komen berkenaan tidak menyinggung perasaannya, sebaliknya menjadi bahan gurauan apabila dia berkongsi setiap kecaman itu dengan rakan-rakannya.

Fasha (kanan) mempertahankan Sharmaine daripada terus menjadi mangsa kecaman netizen.

"Saya memang tak terasa hati, malah saya sendiri tunjuk kepada kawan-kawan setiap komen kecaman itu dan gelak bersama mereka. 

"Saya terima segala reaksi penonton dan menganggap ia satu bentuk sokongan kepada drama lakonan saya," katanya ketika dihubungi mStar pada Jumaat. 

Dalam pada itu, Sharmaine memberitahu dia sudah lali berdepan kritikan mengenai penampilannya sejak mula dikenali menerusi program pencarian bakat Dewi Remaja.

ARTIKEL BERKAITAN: Sharmaine Alexander beri tempoh dua tahun ‘explore’ dunia seni, sambung PhD jurusan Undang-Undang

ARTIKEL BERKAITAN: Kebetulan Sharmaine jumpa Meerqeen di majlis konvokesyen... “Adik dia panggil, kata abang nak bergambar”

Ujarnya, kecaman yang diterima ketika ini bukan sesuatu yang baharu kerana isu wajah kelihatan lebih matang sering menjadi perhatian netizen sejak awal pembabitannya dalam industri seni.

"Saya tak tahulah nak komen macam mana tapi saya dah biasa dengan semua kecaman itu. Setiap orang mempunyai perspektif berbeza. 

"Sebenarnya saya dah biasa dan sudah lalu. Dari program Dewi Remaja saya dikecam kerana dikatakan wajah berusia. 

Saya terima segala reaksi penonton dan menganggap ia satu bentuk sokongan kepada drama lakonan saya. 

SHARMAINE ALEXANDER

PELAKON

"Kecaman-kecaman seperti ini saya memang dah tak kisah, yang penting saya dapat peluang berlakon dengan pelakon-pelakon senior," ujarnya. 

Sementara itu, Sharmaine turut berterima kasih kepada Fasha yang tampil mempertahankannya daripada terus menjadi sasaran kecaman netizen.

Jelas Sharmaine, tindakan aktres berkenaan cukup bermakna, apatah lagi dia masih baharu dalam dunia lakonan.

"Saya rasa tindakan Fasha itu sangat baik kerana dia tidak mahu saya yang baharu berlakon ini kena kecam sampai begitu sekali. 

"Saya menghargai setiap kata-kata dan sokongan diberikan oleh rakan artis termasuk kru produksi drama berkenaan. 

Sharmaine sudah lali dikatakan memiliki wajah lebih berusia.

"Mungkin mereka takut saya kecil hati dan hilang keyakinan diri, tapi sejujurnya saya memang okay saja," katanya. 

Sebelum ini, Fasha menerusi satu hantaran di Instagram tampil mempertahankan Sharmaine selepas aktres itu menjadi sasaran kecaman netizen yang mendakwa dia kelihatan lebih tua berbanding Fasha meskipun usia mereka jauh berbeza.

Menurut Fasha, Sharmaine tidak kelihatan berusia, sebaliknya berpendapat generasi muda masa kini dilihat lebih cepat matang dari segi penampilan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain