PENYANYI Zubir Khan selamat bergelar suami kepada wanita pilihan hatinya, Dr. Heama Maleini Balasubramaniam dalam satu acara yang berlangsung pada Jumaat.Zubir atau Muhammad Zubir Mohamad Ali, 26, melafazkan akad nikah dengan sekali lafaz sebelum menyerahkan mas kahwin berjumlah RM300 kepada isterinya. Menerusi video yang dikongsikan di Instagram MH, pasangan itu tampil segak dan anggun mengenakan persalinan tradisional India berwarna merah ketika majlis bersejarah tersebut.Zubir (kiri) dan Dr Heama kini sah bergelar suami isteri. Dalam pada itu, Dr Heama turut meluahkan rasa syukur dan terharu apabila Zubir berjaya melafazkan akad nikah dengan lancar."Pada mulanya saya agak gementar tetapi awak sudah melakukan yang terbaik dengan hanya melafazkan sekali akad nikah. ARTIKEL BERKAITAN: “Saya tak masuk Hindu. Bakal isteri juga sudah peluk Islam“ - Zubir Khan jawab isu foto praperkahwinan ARTIKEL BERKAITAN: Zubir Khan dah nak kahwin, bertemu jodoh ‘follower’ gadis India... Sedia pikul tanggungjawab bimbing isteri "Ia menunjukkan rasa sayang awak kepada saya. Terima kasih," katanya. Untuk rekod, Zubir dan Dr. Heama mengikat tali pertunangan sekitar April lalu selepas menjalinkan hubungan cinta.Sebelum ini, Zubir turut menjelaskan Dr. Heama memilih untuk mengekalkan nama asalnya selepas berkahwin kerana pertukaran nama bukan satu kewajipan di Malaysia selain melibatkan pelbagai urusan rasmi.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!