PENYANYI Kaka Azraff mengingatkan golongan wanita agar tidak berkompromi dalam mempertahankan maruah, hak diri dan kebajikan anak-anak sekiranya berdepan konflik rumah tangga atau perceraian.Kaka atau Nor Atiqa Noor Azraff, 37, berkata wanita perlu berani mempertahankan hak mereka kerana golongan ibu memainkan pengorbanan yang besar sejak fasa kehamilan sehingga melahirkan anak. "Untuk wanita-wanita di luar sana, kita kena bijak sebab kita yang menahan sakit melahirkan anak. Jangan bagi orang (lelaki) buli kita. Kaka mengingatkan kepada pasangan yang bercerai agar memberi kerjasama dalam membesarkan anak-anak."Itu antara nasihat yang boleh saya kongsikan. Bagi saya, seorang wanita perlu pertahankan maruah, hak anak-anak dan hak sebagai wanita serta ibu. "Kalau orang kata wanita ini tak keluar duit sebab nafkah diberi oleh lelaki (bapa), tetapi jangan lupa wanita inilah yang mengandungkan anak selama 9 bulan," katanya ketika dihubungi mStar. Dalam pada itu, Kaka berkata pesanan tersebut berkait rapat dengan pandangannya mengenai kepentingan tanggungjawab bersama menjaga anak-anak (co-parenting) selepas perceraian.ARTIKEL BERKAITAN: Kaka Azraff sah cerai talak duaARTIKEL BERKAITAN: Kaka Azraff akui tak mudah hidup sebagai ibu tunggal"Sebenarnya saya cuba untuk menyuarakan tentang kepentingan co-parenting. Apa yang sangat diperlukan adalah komunikasi. Bagi saya ia perkara paling penting kerana kalau tiada kesefahaman ini, memang susah untuk pasangan bercerai menjaga anak bersama-sama. "Banyak sangat kawan-kawan dan orang yang saya kenal melalui situasi ini. Apa yang boleh saya katakan, kalau suami isteri itu sudah berpisah, kita masih lagi ibu dan ayah kepada anak-anak. "Jadi kita perlu berkomunikasi untuk anak-anak, tentang keperluan dan kebajikan mereka. Kunci utama yang saya ingin katakan adalah co-parenting," ujarnya. Kalau masih nak berdegil yang kalah (jadi mangsa) itu anak. KAKA AZRAFFPENYANYI Mengulas lanjut, Kaka berpendapat hak penjagaan bersama hanya sesuai diberikan sekiranya kedua-dua ibu bapa mampu berkomunikasi dan meletakkan kepentingan anak mengatasi ego masing-masing."Kalau rasa tak boleh nak co-parenting, bagi sebelah pihak saja hak penjagaan anak. Mereka tak boleh dapat hak penjagaan bersama. "Kalau dengar pengalaman kawan-kawan ada yang nombor telefon disekat, tak boleh nak berhubung. "Bila dah sendiri (ibu tunggal) ini, fokus kita kepada anak-anaklah. Bukan lagi pada emosi dan ego kita. Kalau masih nak berdegil yang kalah (jadi mangsa) itu anak," katanya. Kaka mahu memperjuangkan nasib ibu tunggal.Sebelum ini, Kaka mencetuskan perhatian ramai apabila memuat naik hantaran di Threads yang menyentuh tentang cabaran menjalankan tanggungjawab bersama dalam menjaga anak-anak dengan bekas pasangan yang enggan berkomunikasi. Untuk rekod, sebelum ini Kaka pernah mendirikan rumah tangga dengan Adam Azriff pada 14 Disember 2018, namun bercerai talak dua pada 4 Jun lalu. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aslan, 6, Aryan, 5, dan Atta Adam yang kini berusia tiga tahun. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!