suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiada tawaran? Adam Lee jual pakaian lama untuk kosongkan almari, bakal ‘shooting‘ Ogos ini

Adam nafi tiada tawaran lakonan.

PELAKON Adam Lee tidak mempedulikan andaian negatif segelintir warga maya yang mendakwa tindakannya menjual barangan terpakai berpunca daripada tiada tawaran lakonan.

Adam atau nama sebenarnya Muhamad Arif Adam Mohamed Fadlee, 32, menjelaskan keputusan untuk berniaga dibuat sewaktu dia bercuti seketika daripada berlakon, selain mahu mengelakkan pembaziran pakaian yang sudah lama tidak dipakai.

"Bagilah peluang saya nak buat apa yang saya nak. Tolonglah. Orang kata kalau tak ada tawaran kerja ke apa ke, saya tak boleh nak halang minda orang. Saya tak boleh nak halang warga-warga Threads ini.

Adam hanya mengisi masa lepang dengan berniaga. 

"Cuma apa yang saya boleh sampaikan, saya akan mula penggambaran 10 hari ataupun 15 hari pada Ogos ini. Jadi bagi saya, dua bulan saya cuti dari industri, saya rasa bahagia sangat sebab dapat buat apa yang saya nak.

"Berniaga ini buat kita merendah diri sebenarnya. Buat kita sedar ruang, sedar diri. Jadi bagi saya, saya nakkan benda itu untuk diri saya sendiri, Adam Lee. 

"Kita tahu benda-benda ini semua sementara sahaja. Saya juga perlukan rancangan sandaran, tapi macam semua orang tahu, lakonan adalah kerja hakiki saya," katanya kepada mStar. 

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan putus asa, ramai salah sangka Adam Lee ‘give up’ berlakon... Siap cadangkan buka perniagaan sendiri

ARTIKEL BERKAITAN: Dituduh ambil ‘barang’ sebab kurus, Adam Lee kesal perubahan fizikal jadi bualan

Jelasnya, jualan itu dilakukan terutamanya untuk mengosongkan almari pakaian yang dikumpul sejak usia 18 tahun kerana enggan ia terbiar begitu sahaja.

Mengulas mengenai barang yang dijual, Adam memberitahu sambutan yang diterima sangat menggalakkan kerana kesemua barangan peribadinya dijual pada harga mampu milik iaitu bawah RM50.

"Okey, sangat okey. Bawah RM50 semua, okey. Pakaian kita, seluar ke baju ke kasut ke, lebih tiga bulan kita tak pakai, dah jatuh hukum (membazir). Saya bukan nak tunjuk alim, cuma untuk diri saya.

Adam bakal ke set penggambaran pada Ogos ini. 

"Benda itu (pakaian) dari umur 18 sampai 32, terbiar macam itu, memang juallah cerita dia. Kalau bagi orang, takut orang tak hargai, jadi baik saya buat sesuatu," tambahnya.

Sebelum ini, Adam ada membuat hantaran di Threads dengan mengatakan dia ada menjual pakaian terpakainya di beberapa lokasi. 

Hantaran tersebut bagaimanapun mendapat respons negatif beberapa individu yang menuduh Adam beralih menjadi peniaga kerana sudah tiada tawaran lakonan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain