PELAKON Adam Lee tampil menjelaskan salah faham segelintir pihak yang menyangka dia mahu berhenti daripada dunia seni.Adam atau Muhammad Arif Adam Mohamed Fadlee, 32, memberitahu hantaran yang dibuat di laman Threads miliknya adalah berkaitan sesi uji bakat lakonan dan bukannya kerjaya sebagai pelakon. "Kenapa semua ingat aku nak putus asa? Aku cakap dunia casting lakonan, bukan dunia lakonan. Dua maksud yang berbeza.Perkongsian Adam di Threads mendapat pelbagai respons. "Ramai yang suruh buat bisnes, aku hargai sangat. Nanti bila aku dah mula, jangan lupa sokong," katanya.Hantaran tersebut dibuat selepas dia berkongsi luahan untuk tidak lagi menghadiri mana-mana sesi uji bakat lakonan.Menurut Adam, dia antara pelakon yang sering menghadiri sesi seperti itu, namun selalu ditolak.ARTIKEL BERKAITAN: Adam Lee dipalau selepas beri senyuman... “Tolonglah jangan malukan saya” ARTIKEL BERKAITAN: Dituduh ambil ‘barang’ sebab kurus, Adam Lee kesal perubahan fizikal jadi bualan"Aku ini kaki casting, berpuluh casting dah aku pergi. Alhamdulillah, satu dua sahaja dapat. Yang lain selalu kena tolak."Patut tak aku teruskan dengan dunia casting lakonan ini?" soalnya.Adam masih aktif dalam dunia lakonan. Hantaran tersebut mendapat pelbagai respons termasuk tanggapan kononnya Adam sudah tidak berminat untuk berlakon.Malah, ada juga yang mencadangkan dia menceburi bidang lain seperti memulakan perniagaan sendiri.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!