suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Cik B lemah muntah-muntah, Vida lebih bersedia… Elak anak terkena gangguan

Vida sedang merawat Cik B yang lemah.

USAHAWAN sensasi Datuk Seri Vida mengakui anaknya, Cik B, berdepan situasi mencemaskan dipercayai gangguan ketika berlangsungnya minggu keenam program Talk To My Manager Musim 2 (TTMM2).

Bagaimanapun, Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman, 54, memilih untuk tidak berkongsi secara terperinci mengenai kejadian tersebut atas faktor privasi.

Menurut Vida, terdapat banyak perkara yang berlaku pada malam berkenaan namun tidak ditayangkan kepada orang ramai.

Cik B lemah tubuh badan selepas muntah.

"Insya-Allah selepas ini kami akan lebih bersedia. Bersedialah dengan apa yang boleh menghalang perkara terjadi pada Cik B.

"Sebenarnya penonton tidak ditunjukkan keadaan yang sebenar-benarnya lagi. Banyak bahagian dipotong dan disimpan atas faktor privasi. Takkanlah nak tunjuk segala-galanya," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Vida mengakui dia sendiri berdepan detik mencemaskan sehingga hampir pengsan ketika cuba mengawal keadaan yang berlaku kepada anaknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Cik B jawab sindiran popular kerana Vida - “Kenapa kena kalau-kalau... boleh tukar mak ke?”

ARTIKEL BERKAITAN: Kacak keluar duit simpanan RM1 juta belikan Cik B hadiah Lamborghini - Vida

Situasi tersebut membuatkan dia berasa terancam dan sukar mengawal perasaan.

"Memang saya pun dah nak pengsan, tetapi Tuhan tolong. Malam itu macam-macam berlaku kepada Cik B.

"Saya berdoa dan pada masa sama saya sendiri rasa terancam di situ. Saya dah bergetar, tetapi Alhamdulillah saya dapat mengawal keadaan dan ada orang yang membantu," ujarnya.

Vida cuba untuk pulihkan Cik B.

Meskipun berdepan situasi sukar, Vida bersyukur keadaan kembali tenang dan Cik B akhirnya berjaya meneruskan persembahan seperti yang dijadualkan.

Sebelum ini, tular sebuah video di media sosial memaparkan Cik B muntah-muntah dan berada dalam keadaan lemah sebelum membuat persembahan pada minggu keenam TTMM2, manakala Vida dilihat membacakan ayat Kursi di sisi anaknya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain