suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kacak keluar duit simpanan RM1 juta belikan Cik B hadiah Lamborghini - Vida

USAHAWAN sensasi Datuk Seri Vida mendedahkan anak bongsunya, Kacak, turut menyumbang sebahagian daripada kos pembelian Lamborghini Urus Mansory untuk dihadiahkan kepada kakaknya, Cik B sempena sambutan hari kelahiran ke-21.

Menurut Vida atau Hasmiza Othman, 55, Kacak sanggup mengeluarkan wang simpanannya sebanyak RM1 juta demi merealisasikan impian kakaknya memiliki kenderaan mewah tersebut.

“Kacak terinspirasi dengan Cik B. Saya pun terkejut kerana sebenarnya dia sudah lama mengidamkan sebuah Porsche, tetapi masih belum berpeluang memilikinya.

“Sebenarnya daripada jumlah pembelian kereta Cik B itu, RM1 juta adalah wang yang dikeluarkan sendiri oleh Kacak. Senyap-senyap dia pergi ke bank dan keluarkan duit simpanannya,” katanya kepada mStar.

Berkongsi lanjut, Vida berkata sikap prihatin dan pengorbanan yang ditunjukkan Kacak atau Muhammad Eric Zecquan Mohd Amin, 19, membuktikan hubungan erat antara adik-beradik itu yang sentiasa saling menyokong antara satu sama lain.

“Itu pengorbanan Kacak yang orang luar tidak nampak. Hakikatnya, jika dia mahukan sesuatu, bila-bila masa sahaja dia boleh mendapatkannya, tetapi dia memilih untuk mendahulukan Cik B.

“Memang saya ajar anak-anak supaya mengutamakan orang yang lebih memerlukan. Jadi, sempena hari jadi kali ini, Cik B wajar diraikan atas segala usaha dan kerja kerasnya dalam program Talk To My Manager.

“Insya-Allah saya juga ada perancangan untuk Kacak. Dia akan menerima sesuatu pada waktu yang tepat,” ujarnya.

Sebelum ini, Cik B atau Nur Edlynn Zamileen Mohd Amin, 21, menerima kejutan istimewa daripada ibunya apabila dihadiahkan sebuah Lamborghini Urus Mansory yang dianggarkan bernilai hampir RM2 juta sempena ulang tahun kelahirannya.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi