PELAKON Sherry Ibrahim tidak ketinggalan menyertai ribuan peminat yang berebut mendapatkan tiket konsert BTS World Tour Arirang yang dijadualkan berlangsung pada 12 dan 13 Disember depan.Menerusi satu hantaran di Threads, Sherry atau nama sebenarnya Syarizad Ibrahim, 42, meluahkan rasa teruja selepas berjaya mendapatkan tiket untuk menyaksikan persembahan kumpulan popular Korea Selatan itu. Malah, menerusi video yang dikongsikan, pelakon berkenaan dilihat sukar menyembunyikan kegembiraannya selepas berjaya melepasi proses pembelian tiket yang mencabar.Sherry sanggup berjaga untuk dapatkan tiket BTS."Saya dah berjaya dapatkan tiket! Akan jumpa BTS di Malaysia pada 13.12.2026!" tulisnya.Perkongsian tersebut menerima pelbagai reaksi daripada peminat BTS yang turut berkongsi keterujaan dan mengucapkan tahniah atas kejayaannya mendapatkan tiket konsert berkenaan.Bagaimanapun, di sebalik kegembiraan itu, terdapat segelintir netizen yang meninggalkan komen sinis terhadap pelakon tersebut."Sherry pun layan BTS. Maaf, hari ini saya jadi haters akak."ARTIKEL BERKAITAN: Sabar ada batasnya! Sherry Ibrahim tak boleh lagi berdiam diri, hantaran media sosial tiada kaitan kisah silamARTIKEL BERKAITAN: Sherry Ibrahim minta jangan ungkit kisah lalu... “Saya sendiri sudah reda dan berdamai dengan takdir”"Awak patut cari suami dulu rasanya, jangan ambil hati," tulis beberapa netizen.Sementara itu, sebelum ini media melaporkan lebih 1.3 juta peminat BTS yang dikenali sebagai Army beratur secara dalam talian bagi mendapatkan tiket konsert berkenaan sejak pukul 11 pagi.Malah, tiket prajualan khas untuk pemegang keahlian rasmi kumpulan itu dilaporkan habis terjual hanya dalam tempoh beberapa jam.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!