suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

[V] Siti Saerah reda Amad Dayyan berpindah ke Kuantan, tak halang pilihan anak… “Saya sedih sampai tak boleh tidur”

PENYANYI Siti Saerah tidak dapat menyembunyikan rasa sedih apabila anaknya, Amad Dayyan mengambil keputusan untuk berpindah ke Kuantan, Pahang dan tinggal bersama bekas suaminya, Saiful Anuar.

Saerah atau Siti Sairah Tarudin, 43, berkata walaupun berat untuk menerima hakikat tersebut,  dia menghormati keputusan anaknya yang mahu mencorakkan haluan hidup sendiri.

“Ibu mana yang tak sedih. Saya bersedih sampai tak boleh tidur. Disebabkan ini pilihan dia, jadi saya sentiasa mendoakan terbaik buat Amad. 

Saerah akui sedih perlu melepaskan Amad pindah ke Kuantan.

Saerah akui sedih perlu melepaskan Amad pindah ke Kuantan.

“Saya mengharapkan perubahan yang baik untuk dia,” katanya kepada mStar. 

Saerah berkongsi prekära itu ketika ditemui di sidang media pelancaran lagu Hujung Indah nyanyian anak sulungnya Umairah yang diadakan di Hotel Ideas, Kuala Lumpur pada Rabu. 

Dalam pada itu, Saerah memberitahu sebagai seorang ibu dia tidak mahu menghalang kehendak Ahmad Dayyan atau Amad yang kini semakin menmbesar dan mempunyai pandangan sendiri tentang masa depan.

ARTIKEL BERKAITAN: Amad Dayyan utamakan pelajaran, pilih sekolah di Kuantan

ARTIKEL BERKAITAN: Siti Saerah bangga lihat anak nyanyi lagu ‘Negaraku’ di MotoGP, tak sentap dengan komen negatif

“Bila anak sudah remaja, ada ketikanya mereka mempunyai pillihan sendiri. 

“Saya tidak pernah menghalang sekiranya dia rasa kehendaknya untuk pulang ke Kuantan demi kebaikan, saya tidak ada masalah. 

“Anak muda ini ada kehendak sendiri, tak mengapa. Kita ikut saja pilihannya. Asalkan dia gembira. Saya juga tumpang bahagia,” ujarnya.

Saerah bagaimanapun menjelaskan Amad masih mempunyai beberapa komitmen seni yang perlu diselesaikan. 

Ibu mana yang tak sedih. Saya bersedih sampai tak boleh tidur.

SITI SAERAH 

PENYANYI

“Sekarang ini Amad masih terikat dengan kontrak dengan syarikat rakaman, jadi dia perlu selesaikan mana-mana komitmen yang ada. 

“Saya beritahu apa sekali pun kontrak kena ikut. Bila Amad buat keputusan untuk berpindah ke Kuantan, itu sudah bukan tanggungjawab saya lagi. 

“Sebagai ibu saya hanya mendoakan agar dia berjaya dengan pilihannya sendiri,” jelasnya.

Meskipun Amad kini menetap bersama bapanya, Saerah berkata dia tetap akan membantu menguruskan urusan kerja anaknya itu sekiranya melibatkan komitmen di Kuala Lumpur.

“Kalau ada show di Kuala Lumpur memang saya akan uruskan ambil Amad dan bawa dia pulang semula ke Kuantan. 

Amad (kanan) kini dibawah penjagaan bapanya, Saiful.

Amad (kanan) kini dibawah penjagaan bapanya, Saiful.

“Sepanjang Amad bersama saya, saya akan menguruskannya sampai kontrak habis. Tapi kalau urusan di Kuantan saya memang tidak masuk campur,” katanya.

Sebelum ini ketika ditemu bual bersama mStar, Saiful memaklumkan Amad mengambil keputusan untuk meneruskan sesi persekolahan di Kuantan atas persetujuan ibunya, Saerah. 

Menurut Saiful, buat masa ini dia mahu memberikan ruang kepada Amad untuk menyesuaikan diri dengan suasana sekolah baharu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain