suria

Adam Lee dipalau selepas beri senyuman... “Tolonglah jangan malukan saya”

Adam sekadar menegur sikap segelintir individu di luar.

PELAKON Adam Lee menegur sikap segelintir individu yang memalingkan muka sebaik dia melemparkan senyuman kepada individu yang bercakap tentang dirinya di tempat awam. 

Adam atau Muhammad Arif Adam Mohamed Fadlee, 32, berkata, teguran yang dibuat bukan atas perasaan marah, sebaliknya hanya sekadar teguran. 

Menurut Adam, situasi itu kerap berlaku apabila dia berada di tempat awam dan menyedari terdapat individu yang memandang dan bercakap mengenai dirinya, namun bersikap dingin apabila dia membalas dengan senyuman.

"Pertamanya, aku nak jelaskan sumpah aku tak marah langsung. Kepada semua pengikut yang mengikuti media sosial aku tapi kita tak pernah berjumpa depan-depan atau yang tak mengikuti tapi stalk IG aku. 

Adam terbuka jika ditegur peminat apabila berada di luar. 

"Situasinya macam ini, benda ini selalu jadi dekat aku. Bila aku berada di tengah (tempat) dan ada dua orang di situ tengok aku dan aku tengok dia. 

"Kemudian mereka pun bercakap. Lumrah manusia, aku dah tahu mereka bercakap fasal aku sebab tiada orang lain. Bila aku pandang balik dan beri senyuman paling ikhlas, mereka terus palau buat muka sombong dan macam tak kenal," katanya. 

Adam berkongsi perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instastory miliknya. 

Menurut Adam, tindakan sebegitu membuatkan dirinya berasa malu meskipun tidak menyimpan sebarang rasa dendam terhadap individu terbabit.

ARTIKEL BERKAITAN: Berkali-kali ditolak, Adam Lee tak peduli mulut orang… Tetap teruskan pergi ujibakat filem aksi

ARTIKEL BERKAITAN: Dituduh ambil ‘barang’ sebab kurus, Adam Lee kesal perubahan fizikal jadi bualan

"Weh tolonglah jangan malukan saya. Saya terasa malu tau. Aib tak baik. 

"Mungkin orang cakap tak payahlah perasan. Artis ni poyo, bajet popular, orang tak bercakap pasal kau pun. 

"Tidak, sebab itu aku cakap ia atas dasar 'human sense'. Dah terang-terangan aku saja ada di tempat itu," ujarnya. 

Adam mengakui berasa kurang selesa berdepan dengan situasi janggal itu. 

Dalam masa sama, Adam menegaskan dia terbuka jika dipandang atau ditegur kerana statusnya sebagai figura awam.

"Aku okay saja sumpah. Kalau nak pandang sebab aku public figure, aku tak marah. 

"Aku tak makan orang. Jadi kepada sesiapa yang menonton video ini, kalau kita jumpa tegus saja. 

"Mungkin muka saya tak senyum, tapi saya okay saja. Saya sayang anda semua," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain