PENYAMPAI radio, Sharifah Shahirah tampil menjawab tanggapan segelintir pihak yang mendakwa suaminya Ijoy Azhari tidak bekerja. Shahirah atau lebih mesra disapa Shiera, 52, berkata, persepsi tersebut tidak tepat kerana peranan Ijoy dalam keluarga cukup besar dan tidak boleh dinilai berdasarkan wang semata-mata. Kata Shiera, suaminya memainkan peranan penting dalam menguruskan keluarga serta memberi sokongan penuh, terutamanya dalam hal membesarkan anak-anak."Memang ada orang kata Ijoy tak kerja. Kerjalah, kerja dia menyenangkan hati aku. Shiera membuat pendedahan di sebuah program audiosiar."Dia (suami) yang uruskan keluarga dan beri sokongan. Saya perlukan suami yang menyokong anak-anak daripada belakang. "Bila saya tak larat, saya akan suruh Ijoy uruskan anak-anak," katanya. Shiera berkongsi perkara itu menerusi sesi temu bual program audio siar Too Pretty Too Handle yang dimuat naik di saluran YouTube. Dalam pada itu, Shiera turut mendedahkan Ijoy sebenarnya mempunyai gerai makanan dan masih menerima tawaran berlakon, namun bayaran yang ditawarkan terlalu rendah dan tidak setimpal.ARTIKEL BERKAITAN: Ramai persoal keputusan Ijoy nikah janda, Shiera dedah perkahwinan pernah dikatakan tak akan bertahan lamaARTIKEL BERKAITAN: Ijoy rupanya kelakar, mengaku Shiera garang di rumah… “Bini tak bagi berlakon!”Katanya laagi, dia juga tidak ambil pusing dengan pandangan orang luar terhadap kehidupan mereka."Ijoy ada gerai makan. Kalau dapat tawaran berlakon pun ditawar RM500. Bukan dia tak mahu berlakon. "Kalau saya buat IG reviu lebih daripada itu saya boleh dapat. RM500 nak suruh orang berlakon. "Saya jadi malas, biarlah orang tengok kita tak ada apa-apa, anggap kita miskin. Saya dah tak kisah," ujarnya. Mengulas kritikan masyarakat yang sering meletakkan tanggungjawab kewangan sepenuhnya di bahu lelaki, Shiera berkata dia sedar suaminya sudah berusaha sedaya upaya."Kalau orang cakap lelaki kena itu ini (kerja kuat) saya tak boleh buat apa. Saya tahu Ijoy sudah cuba yang terbaik. "Saya tak boleh buktikan kepada semua untuk jadi yang terbaik. Ijoy ada kelebihan lain, dalam buruk dia ada baiknya juga.Shiera (kiri) dan Ijoy sudah 23 tahun mendirikan rumah tangga."Kita semua ada rezeki dan cara masing-masing," katanya.Untuk rekod, Shiera mendirikan rumah tangga dengan Ijoy pada 2003.Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Airel, 22, Airra, 19, Audra, 17, dan Adeena, 10 tahun. Sebelum itu, Shiera pernah berkahwin dengan penyanyi Jatt Ali dan mempunyai seorang anak perempuan Bernama Tallisya yang kini berusia 28 tahun.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube