PENYANYI Nubhan memilih untuk tidak mengulas secara terperinci mengenai soal jodoh dan perkahwinan, sebaliknya menyerahkan sepenuhnya perkara tersebut kepada ketentuan Allah SWT. Nubhan atau Ahmad Nubhan Ahmad, 40, dia percaya segala yang berlaku dalam kehidupan adalah rahsia Ilahi dan fokusnya kini hanya tentang masa depan bersama anak-anak. "Soal (jodoh) saya tidak boleh nak jawab. Saya serahkan saja kepada Yang Maha Esa sebab apa-apa yang datang semuanya daripada Dia (Tuhan). Nubhan mahu membesarkan anak-anak dengan baik."Saya mohon doa yang baik-baik saja. Semua ini rahsia Tuhan. Rezeki, ajal dan maut semuanya di tangan Tuhan. "Apa yang perlu saya fikirkan sekarang adalah tentang masa depan, kebaikan untuk saya dan anak-anak," katanya kepada mStar. Dalam pada itu, Nubhan mengakui bersyukur dengan segala ujian yang dilalui dan berharap tahun 2026 membawa perubahan positif buat kerjaya dan keluarganya.ARTIKEL BERKAITAN: [V] Nubhan enggan buka aib bekas isteri, hak Dr Afifah mahu bercerita di media sosial… “Dia tetap ibu kepada anak-anak saya”ARTIKEL BERKAITAN: [V] Netizen ejek padan muka tak jadi juara, Nubhan anggap tempat ketiga GV12 sebagai rezekiBerkongsi perkembangan terkini, Nubhan memaklumkan dia mahu terus aktif dalam bidang seni dan baharu sahaja melancarkan lagu terbaharu berjudul Andai Derita."Apa yang berlaku (ujian) ini saya bersyukur sangat. Saya cuma mengharapkan 2026 ini lebih baik untuk karier dan keluarga saya. "Alhamdulillah lagu baru dah keluar. Tajuknya Andai Derita. Selepas ini saya akan meneruskan karier dalam nyanyian. Nubhan tidak terburu-buru untuk mencari pengganti."Saya akan cuba seimbangkan kerjaya, bisnes dan keluarga," ujarnya. Untuk rekod, Nubhan mendirikan rumah tangga dengan Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek pada 29 Ogos 2015, namun disahkan bercerai talak dua pada awal Disember tahun lalu. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aafiya, 9, Ahmad Aafan, 7, dan Afzan Nayille yang kini berusia 4 tahun. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube