PELAKON dan usahawan, Dazrin Kamarudin mengakui dua perkara yang sering menjadi identitinya sejak dahulu adalah rambut panjang serta suara yang mudah dikenali ramai.Menurut Dazrin, 38, ramai yang mengenalinya bukan semata-mata kerana personaliti, sebaliknya dua elemen tersebut membuatkan kehadirannya mudah disedari. “Orang kenal saya sebab dua benda iaitu suara dan rambut. Suara ini pula entah macam mana boleh jadi sinonim dengan saya. Bila orang dengar, mereka terus kata, ‘Eh, Dazrin ada dekat sini’,” katanya kepada mStar.Dazrin tidak pernah melakukan perawatan rambut.Dalam pada itu, Dazrin mendedahkan dia sebenarnya bukan individu yang terlalu menitikberatkan penjagaan rambut walaupun sering menerima pujian ramai.Tambah Dazrin, rambut panjang dan lurus yang dimilikinya adalah rezeki Allah kerana dia tidak pernah melakukan sebarang rawatan seperti rebonding atau rawatan khas di salon.“Saya bukan jenis yang jaga rambut. Kalau pergi bercuti, apa syampu yang ada, itulah saya guna. Saya ini orangnya ringkas.ARTIKEL BERKAITAN: Pernah hidup susah sehingga habis duit simpanan, Dazrin Kamarudin kini berdamai dengan takdir… Bila senang ramai mengaku saudaraARTIKEL BERKAITAN: Dituduh hidup senang sebab anak datuk, Dazrin Kamaruddin tak pernah tumpang harta bapa“Rambut lurus ini bukan sebab rebonding. Tak pernah buat. Ini genetik dan original," katanya. Namun, dia mengakui terdapat perubahan pada bahagian janggut apabila mula tumbuh rambut putih, berbanding rambut di kepala yang masih kekal sama. “Dekat janggut ada keluar putih, tapi dekat rambut kepala tak ada. Itu mungkin rezeki Allah bagi,” ujarnya.Menurut Dazrin, rambut lurus dan panjang sememangnya lebih digemari kaum wanita, namun bagi lelaki ia boleh menjadi rimas sekiranya tidak dijaga dengan rapi, terutama ketika jadual harian semakin sibuk.Dazrin anggap berambut panjang memberi identiti buat dirinya.Walaupun pernah terfikir untuk menukar imej dengan memotong rambut, Dazrin berkata buat masa ini dia masih mengekalkan penampilan tersebut kerana masih diperlukan dalam dunia perniagaan. “Kalau rambut panjang tapi tak terurus, memang nampak selekeh. Kita sendiri pun tak sanggup tengok cermin. “Buat masa sekarang, mungkin masanya belum lagi,” luahnya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube