PELAKON Yasmin Hani mengakui berasa sedikit kekok apabila bergandingan dengan bekas adik iparnya, aktor Qi Razali dalam filem terbaharu berjudul Pemuja.Menurut Hani atau nama penuhnya Yasmin Hani Ismail Richardson, 47, perasaan janggal itu timbul apabila mereka perlu melakonkan beberapa babak yang melibatkan sentuhan fizikal termasuk adegan berbaring bersama. Babak tersebut bukanlah menggunakan teknik kamera semata-mata, sebaliknya dilakukan secara nyata demi menjaga keaslian lakonan.Hani tiada masalah lakukan adegan sentuhan fizikal dengan Qi.“Ada rasa kekok itu sikit tapi saya tak layan sangat sebab sudah kenal Qi dulu sebelum kenal Sha'arin (bekas suami). Qi memang kawan saya."Sha'arin sebenarnya orang terakhir dalam keluarga mereka yang saya kenal, tapi itulah yang akhirnya jadi suami saya.“Babak baring itu memang baring betul-betul, bukan sekadar lakonan kamera. Jadi masa itu saya macam, ‘Oh my God… okeylah, buat sajalah,” katanya kepada mStar.Untuk rekod, Hani pernah berkahwin dengan Sha'arin Razali Wong pada tahun 2011, namun mereka bercerai pada Disember 2021.ARTIKEL BERKAITAN: Yasmin Hani jaga hubungan baik dengan bekas suami, tapi ramai tak tahu awal cerai dulu pernah kena ‘block’ARTIKEL BERKAITAN: Anak minta maaf ada masalah ekzema, hati Yasmin Hani robek Eissa menangis setiap kali mandiHasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Noah Ismail Wong, 13, dan Eissa Elzander Wong, 10 tahun.Bercerita lanjut, ketika menjalani penggambaran adegan berbaring itu, dia hanya mengambil pendekatan bersikap profesional.Selain itu, Hani turut mendedahkan adegan dia menampar Qi juga dilakukan secara sebenar dan bukan teknik kamera. “Babak tampar itu pun ‘real’. Tapi hanya satu ‘take’ sahaja. Lepas itu tangan saya memang sakit,” ujarnya. Babak baring itu memang baring betul-betul, bukan sekadar lakonan kamera.YASMIN HANIPELAKONHani juga menjelaskan ini bukan kali pertama dia bergandingan dengan Qi dalam sesebuah naskhah.Mereka pernah digandingkan bersama sebagai suami isteri menerusi drama Dian pada 2018.“Sebelum ini kami pernah berlakon bersama dalam drama Dian. Waktu itu pun jadi suami isteri dan bermadu dengan Erra Fazira.Hani profesional ketika bekerja."Ada adegan bersanding juga. Anak saya tengok pun rasa pelik sebab saya dan ‘acik’ dia ada dalam satu skrin,” katanya berseloroh.Filem Pemuja bakal ditayangkan di seluruh pawagam Malaysia bermula Khamis ini.Filem arahan Namron itu turut dibintangi oleh Namron, Datin Maria Farida dan Datuk Hilal Azman.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube