suria

Noh Salleh selamat jalani pembedahan berisiko tinggi, alami masalah tulang belakang

Noh selamat jalani pembedahan berisiko.

PENYANYI Noh Salleh selamat menjalani pembedahan pada Isnin di Pusat Pakar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKMSC) selepas mengalami masalah tulang belakang di bahagian tengkuk.

Noh berkata, meskipun berdepan dengan risiko tinggi, namun proses pembedahan berjalan dengan lancar.

“Selesai pembedahan semalam di (UKMSC).  Masalah tulang belakang bahagian tengkuk C6  dan C7 yang menyebabkan nerve impingement, tangan kebas dan sakit belakang kronik sampai ganggu nak angkat baby Tara (anak).

Noh bersama doktor yang merawatnya.

“Proses pembedahan berjalan lancar dan dikendalikan oleh Prof. Datuk Dr. Mohd Hisam Muhamad Ariffin.

“Yang buat tak best adalah lokasi pembedahan betul-betul di belakang vocal cords. Agak risiko besar pada organ yang jadi punca rezeki aku. Tapi Allah jaga,” tulisnya.

Dalam masa sama, Noh mengaku risau dengan keadaan kesihatannya, namun memohon doa orang ramai agar dia segera sembuh supaya dapat menjalani kehidupan normal kembali. 

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri Noh Salleh selamat bersalin bayi perempuan, pilih nama Tara Svara

ARTIKEL BERKAITAN: Anak Noh Salleh meninggal dunia dalam kandungan 7 bulan lalu, anggap ujian persiap diri jadi lebih kuat

“Mohon kawan-kawan doakan semua agar proses sembuh dipermudahkan dan kembali normal secepat mungkin.

“Risau? Ya. Sebab ada persembahan Sabtu ini. Terima kasih tak terhingga kepada semua yang mendoakan termasuk keluarga dan kawan,”’katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain