PERKONGSIAN video daripada pelakon Syafiq Kyle menjadi tumpuan netizen selepas memaparkan aktor Kamal Adli dalam keadaan emosional.Dalam video itu, Kamal dilihat terduduk di tanah sambil bersandar pada lori serta kelihatan serius berbual di telefon. Situasi tersebut mencuri perhatian ramai memandangkan pelakon itu biasanya jarang menonjolkan sisi peribadinya secara terbuka.Kamal dilihat sedang berbual dengan seseorang.Menjengah ke ruangan komen di media sosial, rata-rata netizen menyuarakan rasa simpati dan memberikan kata-kata positif kepada Kamal.“Betapa hancurnya hati dia. Dia sangat sayangkan isteri dan anak tapi jodohnya sampai di situ sahaja. Tetap kuat, Kamal. “Sabar Kamal, ini proses kehidupan kamu. Yakinlah, Allah akan beri yang terbaik dalam hidupmu.“Saya pernah begini. Waktu akan berlalu, Kamal. Stay strong, akan ada hikmah untuk semua yang terjadi," tulis beberapa netizen.ARTIKEL BERKAITAN: “Nak buat fitnah pun agak-agaklah, bodohlah macam ini” - Kamal AdliARTIKEL BERKAITAN: [V] Kamal Adli, Uqasha Senrose sah cerai talak satuSebelum ini, isu perceraian Kamal dan aktres Uqasha Senrose menjadi bualan ramai.Untuk rekod, Kamal dan Uqasha sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada 12 Januari lalu. Mereka mendirikan rumah tangga pada 4 November 2021 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Hawra Uqaira, yang kini berusia 2 tahun.Video tersebut sekali gus membuka ruang perbualan hangat dalam kalangan peminat yang rata-rata bersimpati dan mendoakan kesejahteraan pelakon itu.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube