PENYANYI Indonesia, Mahalini Raharja memilih untuk tidak mendedahkan wajah anak perempuannya kepada umum buat masa ini. Mahalini, 26, berkata dia tidak pernah merancang untuk berkongsi wajah anaknya, Zairee Selina Quinlyn Kareema Febian di media sosial atau mana-mana platform awam. Kata Mahalini, keputusan tersebut dibuat kerana dia mahu memberikan ruang privasi kepada anaknya itu. Mahalini dan Rizky (kanan) masih belum bersedia mendedahkan wajah anak mereka."Sebenarnya saya tidak pernah ada perancangan untuk kongsikan wajah anak. "Tunggu Selina cakap 'ibu saya mahu buka akaun Instagram'. Saya tunggu saja bila waktu yang sesuai nanti. "Buat masa inim memang saya belum terfikir untuk kongsikan wajah anak untuk menjaga privasi," katanya kepada mStar. ARTIKEL BERKAITAN: [V] Mahalini kembali menyanyi, Rizky Febian sanggup tolak ‘job’ jaga anakARTIKEL BERKAITAN: Mahalini menangis selepas setahun berehat… “Saya rindu nak menyanyi”Dalam pada itu, Mahalini turut berkongsi perubahan besar yang dirasai selepas bergelar ibu, terutamanya daripada segi pengurusan masa antara kerjaya dan keluarga.Kongsi penyanyi lagu Mati-Matian itu, keutamaannya kini lebih terarah kepada tanggungjawab sebagai ibu berbanding komitmen kerja."Perubahan paling besar adalah saya perlu mengatur masa dengan lebih baik. "Misalnya saya mahu hadir ke mana-mana acara, tiba-tiba anak saya sakit, jadi mungkin itu yang sukar sedikit sebab saya kena uruskan dia terlebih dahulu. Mahalini memberi keutamaan kepada anak berbanding kerjaya."Sekarang saya memang perlu memgutamakan anak berbanding kerja-kerja lain," ujarnya. Untuk rekod, Mahalini mendirikan rumah tangga dengan Rizky Febian pada 5 Mei 2024 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Selina pada 15 Februari 2025.Pasangan itu kemudian dilaporkan bernikah sekali lagi pada 27 Disember tahun sama selepas pernikahan mereka didapati tidak sempurna daripada segi rukun nikah ditetapkan dalam agama Islam.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube