suria

Isteri Noh Salleh selamat bersalin bayi perempuan, pilih nama Tara Svara

Noh Salleh dikurniakan bayi perempuan pada 21 November lalu.

PENYANYI Noh Salleh berkongsi berita gembira apabila isterinya, Fatin Athira Mustapa selamat melahirkan cahaya mata perempuan pada 21 November lalu.

Berita kelahiran anak sulung itu diumumkan Noh dalam satu hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya pada pagi Rabu. 

“Ia memerlukan kami mengharungi pelbagai ujian yang dahsyat untuk menyedari bahawa hanya Allah Yang Maha Esa yang menentukan masa sempurna untuk sesuatu dituliskan menjadi milik kita. Tidak lambat, tidak terlalu cepat, Perfect,” tulisnya. 

Noh memilih waktu yang tepat untuk mengumumkan berita gembira ini. 

“Pada tanggal 21 November isteri saya telah melahirkan anak kami yang pertama. Seorang anak perempuan yang sihat dan sangat cantik.

"Berkat doa restu orang tua, keluarga, sahabat dan anda semua, proses kelahiran sangat lancar dan meriah kerana ditemani pelukan ciuman dan sorakan,” katanya. 

Dalam perkongsian yang dimuat naik Noh turut berkongsi momen indah ketika menyambut kelahiran cahaya mata sulungnya. 

ARTIKEL BERKAITAN: Noh Salleh dikatakan bakal timang cahaya mata perempuan, rakan kongsi sekitar majlis ‘gender reveal’

ARTIKEL BERKAITAN: Anak Noh Salleh meninggal dunia dalam kandungan 7 bulan lalu, anggap ujian persiap diri jadi lebih kuat

Menurut Noh, dia memilih nama Tara Svara buat puteri kesayangannya itu dan menyifatkan kelahiran tersebut sebagai permulaan baharu buat mereka. 

“Sebuah fasa baru untuk kami dan mohon kalian doakan perjalanan sebagai ibu bapa ini sentiasa dalam lindungan Allah SWT. Doakan aku, Athira dan Tara Svara," katanya. 

Perkongsian tersebut dihujani ucapan tahniah daripada rakan artis dan peminat yang tumpang gembira dengan kelahiran puteri pertama pasangan itu.

Untuk rekod, Noh selamat mendirikan rumah tangga dengan Fatin Athira pada September 2023. 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

Bung Moktar meninggal dunia